STADIUM Nasional akan memiliki rumput baharu dan bakal menjadi antara venue berkelas dunia.
Tanggal 22 Jun ini bakal menyaksikan 'kandang' Harimau Malaya bakal siap dengan salinan 'kulit baharu' apabila penukaran rumput itu dijangka siap sepenuhnya pada tarikh itu.
J
angkaan itu diluahkan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes yang mengesahkan sudah melantik dua perunding bagi memulakan dan melaksanakan proses penukaran padang Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Katanya, menerusi mesyuarat yang dipengerusikan olehnya hari ini, perunding berkenaan diberi kontrak bernilai RM10 juta untuk menukar rumput lama kepada rumput yang lebih berkualiti dan menepati standard antarabangsa.
"Kita mahu memandang ke depan dan memperbaiki, jadi mesyuarat sudah bersetuju melantik dua perunding dan 22 Jun dijangka siap sepenuhnya.
"Selepas ini stadium ini akan memiliki rumput baharu dan bakal menjadi antara venue berkelas dunia. Kontrak yang diberikan pula merangkumi penyelenggaraan selama empat tahun akan datang," katanya pada sidang media Perjumpaan Pengerusi PSM Bersama Kakitangan di sini, hari ini.
Sebelum ini Stadium Nasional Bukit Jalil menggunakan rumput jenis 'Cow Grass' namun ia sering mendapat kritikan pasukan-pasukan yang menyifatkan permukaan padang jenis itu tidak sesuai untuk bola sepak.
Jelas Tony, empat jenis sampel pelbagai jenis rumput akan diuji kesesuaiannya untuk digunakan dalam beberapa jenis sukan di stadium berkenaan termasuk perlawanan bola sepak, ragbi dan olahraga.
"Memandangkan Stadium Nasional Bukit Jalil agak sukar untuk mendapatkan pencahayaan matahari yang sesuai, maka kita akan menguji beberapa sampel rumput yang sesuai terlebih dulu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tony yang bakal menamatkan perkhidmatannya selaku Pengerusi PSM pada Sabtu ini mengakui puas apabila membawa beberapa pembaharuan.
"Saya akan menyerahkan mandat dan tanggungjawab ini kepada barisan anggota korporat yang baru untuk meneruskan usaha dan idea di Stadium Nasional.
"Ini termasuk projek penukaran rumput, rancangan untuk membangunkan muzium sukan nasional, melancarkan KL Alive dan banyak lagi," katanya yang sebelum ini dilantik pada September 2018 bagi menggantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman.