Sabah berjaya keluar dari zon penyingkiran Liga Super

Melaka mensia-siakan peluang untuk melonjak ke kelompok empat pasukan terbaik selepas dikejutkan Sabah 3-2 pada aksi di Stadium Likas
Sabah raih tiga mata berharga

Sabah memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila melakar kejutan dengan menewaskan Melaka 3-2 di Stadium Likas, hari ini.

K eputusan itu pasti melegakan Sabah yang berjaya keluar daripada zon penyingkiran meskipun masih lagi belum selamat daripada prospek penyingkiran.

Bagi Melaka, kekalahan itu menyaksikan anak buah Zainal Abidin Hassan menghuni tangga ketujuh Liga Super dengan 11 mata.

 

 

Melaka bagaimanapun di depan pada minit ke-15 menerusi gol jaringan Uche Agba.

Namun kedudukan itu hanya bertahan sembilan minit selepas Dennis Buschening menyamakan kedudukan untuk Sabah apabila meledak gol penyamaan minit ke-24 sebelum Sony Norde kembali meletakkan Melaka di depan di penghujung babak pertama.



 

Sabah bangkit pada separuh masa kedua apabila memperoleh dua gol menerusi Buschening minit ke-64 disusuli sepakan penalti Rodoljub Paunovic minit ke-72.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.