Lionel Messi kekal di Barcelona

Kapten Barcelona, Lionel Messi dilaporkan akan kekal setahun lagi di Barcelona. - AFP
Messi 'kekal setahun lagi' di Barcelona

Lionel Messi dilaporkan sudah merekodkan kenyataan yang mengesahkan dia akan kekal di Barcelona semusim lagi.

P enyerang berusia 33 tahun itu dilaporkan menerima tawaran kontrak £623 juta (RM3.417 bilion) untuk menyertai Manchester City selepas meminta berpindah.


Bagaimanapun Sphera Sports mendakwa pemain Argentina itu sudah membuat keputusan akan menamatkan kontraknya di Nou Camp.

Akhbar Sepanyol mendakwa Messi akan menamatkan semusim lagi di Barcelona - tempat dia menjaringkan 634 gol dalam 731 perlawanan.


Dia dikatakan akan menyertai skuad kendalian Pep Guardiola, musim panas depan apabila kontraknya di Sepanyol tamat.

Bintang Barcelona, Antoine Griezmann menyatakan keinginan supaya rakan sepasukannya akan kekal.

Menurut Mundo Deportivo, dia berkata: "Kami cuba mendapat berita, tapi apa yang berlaku ialah antaranya dan kelab.


"Kami hanya berharap dia kekal. Kami mendengar serba sedikit tetapi kami tidak tahu selebihnya." - Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.