Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal Portimonense SC!

Safawi tinggalkan JDT untuk Portimonense SC | Safawi Rasid semakin hampir berhijrah ke eropah dengan menyertai kelab liga divisyen utama Portugal iaitu Portimonense SC setelah pengarah sukan kelab bola sepak JDT, Martin Prest mengesahkan perkara tersebut. Proses rundingan akhir antara kedua-dua pihak masih lagi dijalankan. 📷: JOHOR Southern Tigers
Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal?

Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti beraksi di Eropah selepas skuad Harimau Selatan menerima tawaran kelab Liga Portugal, Portimonense SC hari ini.

P engarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan perkara tersebut dalam entri terkini di laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.


"JDT ingin mengesahkan kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

"Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

"Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan," kata Prest.

Harimau Selatan sahkan terima tawaran kelab Portugal

Penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan bakal berhijrah ke eropah menyertai kelab dari liga Portugal iaitu Portimonense S.C. menurut laporan daripada portal bola sepak negara itu, Ojogo.

Kelab kendalian Paulo Sergio itu dikatakan telah bersetuju dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menandatangani safawi dengan beberapa klausa yang ditetapkan namun tidak mendedahkan jumlah yuran perpindahan tersebut.

Portimonense S.C juga telah lama mengikuti perkembangan Safawi selama 6 bulan dan mereka menganggap pemain yang berusia 23 tahun itu merupakan antara pemain muda yang paling berbakat di Asia.


Prestasi cemerlang Safawi ketika dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 juga turut menarik minat mereka untuk menandatangani pemain tersebut.

Selain itu, laporan berita dari Portugal itu turut menyebut Portimonense telah mencapat persetujuan semalam hasil perbincangan daripada wakil kelab, Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Malah, pengurus pasukan, Paulo Sergio juga kini sedang mencari seorang lagi pemain sayap untuk beraksi pada musim baharu sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan Safawi ke Liga Primeira.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua kelab itu dan jika perpindahan ini menjadi kenyataan, ia merupakan berita yang cukup mengembirakan bagi peminat bola sepak tempatan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.