Adel Taarabt bakat terbaik yang pernah dilahirkan bola sepak Morocco

Kini, usianya sudah menjangkau 31 tahun. Bakat semulajadi yang dianugerahkan kepadanya sehingga pernah digelar 'Si Ahli Sihir' ternyata tidak mampu membawa beliau ke tahap prestasi sebenar. Perlahan-lahan nama Adel Taarabt pudar dan hilang dari benak ingatan para pemerhati bola sepak.
Adel Taarabt bakat terbaik yang pernah dilahirkan bola sepak Morocco

Adel Taarabt dicanang sebagai bakat terbaik yang pernah dilahirkan bola sepak Morocco.

Teknik mengiring bola dan gerak tipu lawan yang mempersona, beliau akan membuatkan pemain lawan lelah untuk mengawal kelincahannya. Malah, gaya permainan Taarabt itu mengingatkan kembali akan sosok legenda, Zinedine Zidane.

Taarabt memulakan kariernya di England bersama Tottenham Hotspur dengan status pinjaman sebelum ditandatangani secara kekal pada penghujung musim 2006/07. Namun, beliau tidak mendapat tempat sejak Juande Ramos menjadi pengurus di White Hart Lane.

Bahkan, Ramos memberitahu Taarabt tidak termasuk dalam rencananya bersama Ben Alnwick, Hossam Ghaly, Kevin-Prince Boateng, Paul Stalteri dan Ricardo Rocha. Jika ingin masuk ke dalam skuad utama pun, mereka harus membuktikan diri dahulu dari bangku simpanan bahkan terpaksa bermain bersama skuad muda.

Faktor inilah yang menyebabkan Taarabt tidak mempunyai pilihan selain beralih ke pasukan Queens Park Rangers bermula dengan status pinjaman pada Mac 2009. Musim pertama dan keduanya di Championship, Taarabt bermula perlahan. Namun, beliau mendapat sentuhan magiknya apabila meledak 19 gol dan membantu QPR muncul juara liga musim 2010/11 secara automatik layak ke saingan Premier League.

Pengambil alihan QPR oleh Tan Sri Tony Fernandes menyaksikan nama kelab ini begitu popular dan mencetuskan fenomena di Malaysia. Kelincahan Taarabt sempat menjadi pujaan walaupun beliau hanya menjaringkan 2 gol sahaja di musim debut Premier League nya itu. Namun, beliau tidak berasa aman di Loftus Road kerana bersengketa dengan pengurus Neil Warnock dan si kapten yang panas baran Joey Barton.

Hubungan Taarabt dengan pengurus sempat membaik tatkala Harry Redknapp mengambil alih jawatan tersebut. Beliau kerap dimainkan dan berjaya menjaringkan 5 gol. Tapi sayang, dengan hanya 4 kemenangan sepanjang musim, QPR tersingkir dari Premier League apabila menamatkan kempen di tangga tercorot liga.

Enggan kembali berkiprah di Championship, Taarabt menerima tawaran pinjaman dari Fulham FC Official dan bergabung semula dengan Martin Jol, pengurus pertamanya ketika di Spurs. Tetapi, masa pinjamannya berlangsung singkat kerana keinginannya beraksi di luar England terkabul setelah ditawarkan sebagai pinjaman oleh AC Milan.

Taarabt begitu optimis bakal diberikan kontrak tetap bersama Rossoneri setelah bermain dengan baik. Namun, penggantian jurulatih dari Clarence Seedorf kepada Filippo Inzaghi membuatkan dirinya sering dibangku simpanan kan. Tamat tempoh pinjaman, Taarabt dipulangkan kembali kepada QPR yang berjaya memenangi slot play-off Premier League.

Sekembalinya Taarabt dengan penuh rasa kecewa, beliau melakukan protes yang menimbulkan kemarahan Redknapp dengan kerap mendakwa tidak cergas sepenuhnya untuk bermain. Beliau hanya diturunkan dalam 7 perlawanan liga tanpa sebarang jaringan tercipta. Musim QPR berlangsung penuh kelam apabila sekali lagi menghuni tangga tercorot dan tersingkir. Akibatnya, Taarabt telah dijual ke Sport Lisboa e Benfica pada Jun 2015.

Nama Taarabt terus tenggelam selepas itu. Beliau mengambil masa hampir 4 tahun sebelum dapat menembusi kesebelasan utama kelab gergasi Portugal itu. Mengalami masalah berat badan serta kehidupan malam yang tidak terkawal, Taarabt pernah dihantar keluar sebagai pinjaman selama 18 bulan ke Itali bersama Genoa CFC.


Kini, usianya sudah menjangkau 31 tahun. Bakat semulajadi yang dianugerahkan kepadanya sehingga pernah digelar 'Si Ahli Sihir' ternyata tidak mampu membawa beliau ke tahap prestasi sebenar. Perlahan-lahan nama Adel Taarabt pudar dan hilang dari benak ingatan para pemerhati bola sepak.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.