Sabah FA ikat penjaga gol baru Wan Azraie Wan Teh

Kickbola.netBekas Penjaga Gol Terengganu FC, Wan Azraie Wan Teh Sertai Sabah FA.
Wan Azraie sah milik Sabah

BEKAS penjaga gawang Terengganu FC (TFC ), Wan Azraie Wan Teh tidak menganggap `tugasan penjaga gol nombor satu skuad Sabah bakal menjadi miliknya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebaliknya pemain kelahiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang sah menjadi milik skuad Tambadau musim depan itu mengakui saingan pasti sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.


Bagaimanapun pemain yang lebih mesra dipanggil Joie itu bertekad untuk membalas kepercayaan pihak pengurusan pasukan dengan memperagakan aksi terbaik sama ada sesi latihan mahupun dalam setiap perlawanan.

“Alhamdulillah pada usia kini rezeki untuk bermain bola sepak masih ada selepas mendapat tawaran daripada pasukan Liga Super, Sabah.

“Impian utama saya bersama pasukan baharu ini sudah pasti mahu mempamerkan aksi terbaik dan mahu bermain dalam setiap perlawanan bukannya sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Saya perlu tingkatkan usaha untuk bersaing dengan pemain yang berada dalam posisi sama,” kata Wan Azraie.

Selepas kematian penjaga gol utama TFC, Suffian Abdul Rahman pada 17 Ogos lalu kerana masalah jantung, Wan Azraie lebih banyak menggalas tugas penjaga gol skuad Penyu bersama Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.