Tepisan Gol Sendiri Haziq Nadzli Mohon Maaf

Kickbola.net #KL2017: PENJAGA gol negara, Haziq Nadzli kecewa selepas pasukannya tumpas 0-1 kepada Thailand pada aksi final bola sepak Sukan SEA KL2017 di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan #Malaysiabersamamu
Tertepis Gol Sendiri - Haziq Nadzli Mohon Maaf

'MAAFKAN SAYA'.. HAZIQ NADZLI

Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan menyalahkan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli yang menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan dan pingat emas buat Thailand pada final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

JURULATIH skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee (tengah) menenangkan penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli yang kecewa selepas tewas 1-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Hairul Anuar Rahim

Menurut Kim Swee, kesilapan penjaga gol berusia 20 tahun itu yang tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit ke-39, boleh terjadi kepada mana-mana pemain.
Kesian pula tengok beliau ni. Korang yang kaki kecam tu memang pandai kecam ajelah. Susah payah dia bermain dengan baik sampai ke final tak pula nak hargai. Move on lah dah bukan rezeki kita nak menamg Emas dalam Bola Sepak Sea Games kali ni.


"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia, dia masih muda dan masih belajar lagi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Kekalahan itu seakan mengulangi tragedi 2001 di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Gajah Perang di venue yang sama.

Malah kegagalan memenangi ibu segala emas itu meneruskan penantian Malaysia selepas kali terakhir skuad kendalian Kim Swee muncul juara di Jakarta 2011.

Menurut bekas pengendali kebangsaan itu, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain sepanjang kejohanan ini, namun tetap melahirkan rasa kecewa kerana gagal memenangi emas.

"Kita beri saingan hebat kepada Thailand, tapi kita beri gol kepada mereka tidak kena pada masanya. Kita cuba bangkit tapi tetap gagal mencari gol.

"Saya tak gembira kerana tak memenangi pingat emas tapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi pemain dengan masa terhad yang kita lalui sebelum ini. Kita membuktikan bahawa kita mampu bersaing dengan pasukan rantau ini," kata Kim Swee.

Hujan yang turun sebaik permainan bermula seakan memberi petanda malam suram buat penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Shah Alam tanpa sorakan Ultras Malaya, susulan memboikot isu penjualan tiket sebelum perlawanan.


Meskipun Thailand memperlihatkan penguasaan pada babak pertama, mereka masih sukar untuk menembusi gawang pasukan tuan rumah sehinggalah kesilapan Haziq ketika cuba menumbuk keluar bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon.


Gol sendiri itu sudah cukup memalit derita buat anak buah Kim Swee yang cuba bangkit pada separuh masa kedua, namun sukar untuk menembusi benteng Thailand.

Muhammad Haziq Nadzli
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Haziq Bin Nadzli
Tarikh lahir 6 Januari 1998 (umur 19)
Tempat lahir Kuala Lumpur, Malaysia
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini Johor Darul Ta'zim FC
Nombor 30
Kerjaya remaja
2014-2016 Frenz United FC
2016- PDRM FA B21
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2016-2017 PDRM FA B21 11 (0)
2017- Johor Darul Ta'zim FC 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2013-2015  Malaysia B-17

2016-  Malaysia B-20 1 (0)
2017-  Malaysia B-23 10 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 September 2016.
† Kemunculan (Gol).
‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 30 Ogos 2017
Muhammad Haziq Bin Nadzli dilahirkan 06 Januari 1998) adalah pemain bola sepak dari Malaysia, yang kini bermain untuk kelab Johor Darul Ta'zim FC.


Kerjaya Antarabangsa

Haziq Nadzli telah membuat kemunculan sulung untuk penampilan antarabangsa bermain untuk Malaysia Bawah-22 di Piala Negara-Negara 2016.


"Muhd Haziq Nadzli Profile". Soccerway. 2 September 2016. Dicapai pada 2 September 2016.
  1. "Bernhardt calls up two new faces and retain 22 players in U22". Goal.com. 3 June 2016. Dicapai pada 2 September 2016.

Pautan luar


aaa

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.