Joehari Ayub Dukung TMJ jayakan misi FAM

Kickbola.net Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Mohd Joehari Mohd Ayub.
Mohd Joehari sedia jayakan misi FAM

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Mohd Joehari Mohd Ayub, sanggup bekerja kuat untuk membantu Tengku Mohkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan perubahan ke atas visi dan misi badan induk bola sepak negara.

Mohd Joehari berkata beliau yakin kepimpinan baharu FAM, diketuai TMJ mampu mencorak perubahan dan transformasi bola sepak negara pada masa depan.


"Apa yang penting, semua barisan kepimpinan baharu FAM mesti mempunyai niat baik untuk menaikkan bola sepak Malaysia ke tahap lebih baik.

"Semua ahli EXCO FAM baharu juga tidak boleh mempunyai agenda lain atau kepentingan peribadi atau niat mahu mencari keuntungan selepas menang jawatan dalam FAM," katanya ketika ditemui selepas Kongres Pemilihan ke-53 FAM di sini, hari ini.

 Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah itu berkata, beliau kini mempunyai tanggungjawab besar bagi meningkatkan mutu bola sepak di Sabah dan Sarawak.

"Saya akui saya menang besar dalam pemilihan jawatan Naib Presiden FAM hari ini pun kerana bukan hanya mewakili Sabah sahaja tetapi juga Sarawak.

"Jadi tugas saya selepas ini lagi berat kerana kena bawa isu dan masalah bola sepak Sabah dan Sarawak setiap kali menghadiri mesyuarat.


"Oleh itu saya kena lakukan yang terbaik untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan ini," katanya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.