Bekas pemain Chapecoense Demerson Bruno Costa sertai Sarawak FA

Kickbola.net Demerson Bruno Costa bekas pemain Chapecoenses Brazil Sah menjadi pemain import baru skuad Sarawak FA.
Demerson sertai Sarawak FA

Bekas pemain pertahanan kelab Chapecoense, Bruno Demerson Costa sah sertai pasukan Sarawak.

Dia adalah antara pemain yang terselamat daripada tragedi yang mengorbankan rakan sepasukannya dalam perjalanan ke Colombia.

Dia yang sepatutnya menaiki pesawat tersebut tetapi tidak dibenarkan kerana ditimpa kecederaan.

Berusia 30 tahun dan pernah beraksi dengan kelab China, Jiangxi Liansheng dan Cruzeiro FC.

Demerson Bruno Costa, pemain yang menjalani trials bersama Sarawak menceritakan yang beliau sedih ke atas nasib yang menimpa rakan-rakan sepasukannya di kelab Chapecoense yang kehilangan nyawa akibat nahas kapal terbang.


Demerson juga memberitahu yang beliau sepatutnya bersama di dalam penerbangan tersebut namun beliau cedera dua minggu sebelumnya dan akhirnya tidak disenaraikan dalam skuad akhir.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.