Senarai 7 Pemain Bola Sepak yang Kantoi Merokok.
Sebelum bermula perlawanan antara Malaysia dan Singapura tempoh hari, beberapa pemain bola sepak Malaysia terperangkap dalam gosip media sosial selepas seorang individu telah merakam gambar mereka sedang memakai jersi pasukan dimana kelihatan Safee Sali sedang menghisap rokok.
K
ecoh dalam media sosial berikutan tersebarnya gambar pemain bola sepak Malaysia, Safee Sali yang sedang merokok tersebar.
Persoalan demi persoalan bermain di minda masyrakat Malaysia sejurus tersebarnya gambar tersebut, namun kontroversi tersebut semakin lenyap dek kerana kemenangan skuad negara ke atas Singapura di kejuaraan Piala AFF Suzuki pada malam itu.
Walaupun begitu, merokok sememangnya salah satu tabiat buruk bagi seorang atlet ditambah ia membahayakan kesihatan dan sedikit sebanyak merencatkan prestasi kecergasan mereka ketika beraksi.
Merokok bukanlah satu perbuatan yang sihat kepada semua termasuklah pemain dan pengurus bola sepak yang sepatutnya menunjukkan gaya hidup sihat agar menjadi tauladan buat semua terutamanya peminat mereka.
Namun pemain dan pengurus bola sepak adalah insan biasa seperti kau, aku dan dia.
Seperti yang semua tahu merokok merbahayakan kesihatan tetapi terdapat beberapa orang pemain bolasepak yang merupakan penghisap rokok tegar dan diketahui umum.
Walaupun merokok bukanlah satu perkara yang baik tetapi kalau dah hisap susah nak berenti kerana ketagihan. Tak Percaya? Jangan gatal nak cuba.
Rokok merupakan objek yang berbentuk silinder yang diisi dengan tembakau yang telah dicampur lebih 4000 bahan kimia. Rokok dihisap mampu memberi kesan tertentu kepada penggunanya. Ukuran dan diameter rokok bergantung kepada jenis dan juga negara di mana rokok dihasilkan.
Kebiasaannya rokok berukuran panjang sekitar 10cm hingga 12cm dengan diameter sekitar 0.7cm sehingga 1cm. Mengikut amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan!
Kami paparkan beberapa pemain bola sepak bertaraf dunia yang turut menghisap rokok.
Bekas pemain Chelsea dan Arsenal ini sering menghisap rokok ketika cuti musim panas mengikut dari sumber yang berdekatan.
Persoalan demi persoalan bermain di minda masyrakat Malaysia sejurus tersebarnya gambar tersebut, namun kontroversi tersebut semakin lenyap dek kerana kemenangan skuad negara ke atas Singapura di kejuaraan Piala AFF Suzuki pada malam itu.
Namun, menghisap rokok tidak menghalang Safee Sali untuk menyumbangkan gol ketika pasukan negara menewaskan juara bertahan Singapura 3-1.
Merokok bukanlah satu perbuatan yang sihat kepada semua termasuklah pemain dan pengurus bola sepak yang sepatutnya menunjukkan gaya hidup sihat agar menjadi tauladan buat semua terutamanya peminat mereka.
Namun pemain dan pengurus bola sepak adalah insan biasa seperti kau, aku dan dia.
Seperti yang semua tahu merokok merbahayakan kesihatan tetapi terdapat beberapa orang pemain bolasepak yang merupakan penghisap rokok tegar dan diketahui umum.
Walaupun merokok bukanlah satu perkara yang baik tetapi kalau dah hisap susah nak berenti kerana ketagihan. Tak Percaya? Jangan gatal nak cuba.
Rokok merupakan objek yang berbentuk silinder yang diisi dengan tembakau yang telah dicampur lebih 4000 bahan kimia. Rokok dihisap mampu memberi kesan tertentu kepada penggunanya. Ukuran dan diameter rokok bergantung kepada jenis dan juga negara di mana rokok dihasilkan.
Kebiasaannya rokok berukuran panjang sekitar 10cm hingga 12cm dengan diameter sekitar 0.7cm sehingga 1cm. Mengikut amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan!
Kami paparkan beberapa pemain bola sepak bertaraf dunia yang turut menghisap rokok.
Ashley Cole.
Ashley Cole.
Ashley Cole pesara bola sepak Inggeris sememangnya dikenali sebagai pemain yang mempunyai tabiat merokok kerana sentiasa dilihat merokok disekitar Kelab Malam di kota London.
Aksi tanpa penat lelah Ashley Cole tidak menampakkan seperti beliau seorang perokok. Ada yang berpendapat Ashley Cole kalau tak merokok mesti lagi lain macam perginya.
Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Light
Lagenda bola sepak Perancis ini dikenali aktif dalam kempen anti merokok pada tahun 2002 .
Zidane telah ‘kantoi’ menghisap rokok sebelum perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006 menentang Portugal.
Zinedine Zidane bukanlah perokok tegar dan tidak penagih rokok malah Zidane juga pernah menjadi sebahagian kempen anti-merokok pada tahun 2002. Mungkin perokok sosial
Namun Zidane pernah kantoi merokok. Gambar ini diambil ketika Zidane sedang merokok sebelum perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006 menentang Portugal. Merokok dan menetek
Jika Zidane merokok sekaligus, itu tidak pernah mempengaruhi prestasi di padang ketika bergelar pemain sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman.
Selain gambar di atas tiada lagi gambar yang membuktikan Zidane merokok.
Kemungkinan rokok dihisap : U2
Bekas penyerang Manchester United merupakan seorang perokok yang tegar.
Berbatov terkenal sebagai penghisap tegar Curut dan jugak rokok selain terkenal dengan sentuhan pertamanya yang kemas. Gaya Berbatov hisap curut persis Vito Andolini Corleone a.k.a Don Corleone dalam filem The Godfather.
Berbatov berkata ketika kariernya bersama Tottenham Hotspur, Manchester United, Bayer Leverkusen dan Monaco beliau bukanlah seorang perokok.
Namun gambar dengan rokok di mulut berjaya dirakam namun Berbatov menafikan dan berkata satu gambar sahaja tidak cukup membuktikan bahawa beliau seorang perokok.
“Aku pura-pura untuk merokok sebab aku nampak stail bro pegang rokok tapi itu jela. Aku tak tahu apa orang pikir bahawa aku merokok hanya melalui satu gambar.”
Kemungkinan rokok dihisap : Nusantara Merah
Digelar Super Mario, beliau pernah didenda dan diugut kerana tabiatnya yang menghisap rokok tetapi sebagaimana perokok tegar yang lain, ketagihan merokok amat sukar dibendung.
Mario pernah didenda kerana menghisap rokok didalam tandas.
Pemain yang penuh karakter samada di dalam atau diluar padang. Merokok melengkapkan status Balotelli sebagai budak nakal. Kalau google bersepah gambar Balotelli merokok dengan penuh gaya, nikmat dan gurih.
Balotelli dilaporkan bukanlah perokok tegar apabila ada sumber menyatakan bahawa Balotelli hanya mengisap 3 sehingga 4 batang rokok je sehari.
Balotelli pernah didenda oleh AC Milan kerana merokok di dalam tandas keretapi. Jenis tak menyabar ni macam tak percaya je hisap 3-5 batang je sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : Canyon
Lagenda bolasepak Brazil ini boleh menghabiskan dua pek rokok dalam sehari.
Bekas Pengurus West Ham dan bekas pemain pertahanan Everton ini merupakan perokok tegar. Tabiat merokok Bilic ini telah diketahui sejak bergelar seorang pemain lagi.
Bilic pernah kantoi menghisap rokok di belakang bas pasukan dan perkara ini telah disahkan oleh bekas rakan pasukannya John Moncur.
Ketika bergelar pengurus, Bilic telah diberi amaran oleh Turkish Football Federation(TTF) kerana merokok di dalam stadium.
Bilic dikatakan menghisap rokok dua kotak sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : Rotthmans
Wenger pernah berkata merokok tidak menjejaskan prestasi pemain selagi pemain itu membuat hantaran yang bagus kerana itulah yang mahu dilihat oleh penonton walaupun merokok bukanlah satu contoh yang baik.
Walaupun Wenger pernah mengeluarkan kata-kata berbau politik, beliau pernah dilihat merokok di bangku simpanan semasa zaman pensabunan.
Pada zaman rokok tidak diharamkan dari bola sepak, beberapa kali juga gambar Arsene Wenger sedang nikmat nyaman gurih menikmati asap yang menjadi makanan jin di bangku simpanan. Sekarang dah berenti kot.
Ketika zaman remajanya, Arsene Wenger pernah menjual rokok di pub untuk mendapatkan duit poket.
Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau
Pernah dikaitkan dengan Manchester United dan perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan beberapa tahun lepas kisah peribadi Sneijder menjadi perbualan.
Selepas beberapa siri kecederaan dan kemudian berhijrah ke Turki, bekas pemain kebangsaan Belanda ini sering dilihat merokok tanpa berselindung lagi.
Walaupun menjadi seorang perokok tegar, Sneijder sebolehnya tidak melibatkan tabiat buruk ini dalam karier profesionalnya di mana dia tidak akan merokok di bilik persalinan atau ketika terlibat dengan aktiviti berpasukan.
Kemungkinan rokok dihisap : John Putih
Gambar pengurus Bayern Munich ini diambil ketika masih menjadi pengurus Real Madrid semasa perlawanan berlangsung tetapi beliau tidak berada di tepi padang.
Merokok kerana selalu dipecat?
Kemungkinan rokok dihisap : Pau rokok member
Mendiang Johan Cruyff merupakan legenda bola sepak dunia pernah mendedahkan bahawa semasa zaman kemuncaknya di arena bola sepak sebagai pemain beliau menghisap 40 batang rokok sehari.
Lejen
Tabiat merokok Cryuff ini telah bermula sejak zaman remaja lagi sebelum bergelar pemain profesional dan berterusan sehingga bergelar pengurus.
Kemungkinan rokok dihisap : D-Blend
Bekas penjaga gol Perancis dan Setan merah ini hobinya selain mengumpul setem adalah menghisap rokok tegar dan perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Sir Alex Ferguson.
Ferguson tanpa berselindung mendedahkan Barthez antara ahli sukan di Britain yang mempunyai tabiat buruk dengan menjadikan merokok sebagai amalan hidup.
Barthez menyangka Ferguson tidak mengetahui tabiat buruknya itu dan menjadi pemain ketiga Manchester United kantoi merokok dengan Ferguson selepas Jesper Olsen dan Les Sealey.
Menurut Ferguson lagi di England sangat jarang untuk melihat pemain bola sepak merokok tapi bagi Ferguson merokok lebih okay berbanding kaki botol.
Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Daun Tembakau Bang Leh
Tidak dapat dipastikan bahawa kedua pemain lagenda dari Brazil, Roberto Carlos dan Ronaldo Original merupakan dua orang perokok tegar atau sekadar perokok sosial sahaja.
Perkokok sosial biasa akan merokok sekadar untuk suka-suka dan melayan member-member damnn tidak ketagihan kepada kandungan rokok. Pau sebatang dua je rokok member. Poser?
Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Samsu
Tidak dapat dipastikan jenama rokok yang digemari Radja, yang berdarah Indonesia, mungkin Surya merah 12. Bukan rahsia lagi Pak Radja perokok tegar malah suatu ketika dulu ketika bersama Belgium, Pak Radja meminta bilik yang berbalkoni bagi memudahkan beliau merokok.
Pak Radja berbangga dengan rokok.
Bekas ketua jurulatih Belgiumm, Marc Wilmots mengetahui tabiat buruk Pak Radja namun tidak menghalang kerana kesan buruk akan dirasai oleh Pak Radja.
“Saya tak akan menghalangnya (dari merokok) jika itu adalah keperluannya. Saya fleksibel dalam hal ini, kerana itu ialah badannya” Jelas Wilmots
Ketika dikemuncak karier dan diperlukan oleh pasukan sudah pasti kemahuan dan kehendak Pak Radja akan dipenuhi, sekarang tak tahu la akan dipenuhi ke tidak.
Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Lights
Berita mengenai Wilshere selalu keluar didada akhbar jika bukan kerana kecederaan yang serius, isu disiplin dan gaya hidup beliau menjadi sebutan.
Selain menghisap rokok, Wilshere juga menghisap Shisha (perisa Apple+Sugus+Mint).
Walaupun bekali-kali ditegur oleh bekas pemain dan pengurus, Wilshere dengan tabahnya memekakkan telinga sambil menghisap rokok.
Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau
Wayne Rooney juga pernah dikritik hebat kerana gambar beliau sedang menghisap rokok tersebar. Namun, itu tidak menghalang dari Rooney menjaringkan gol untuk Manchester United dan juga England.
Bukan rahsia lagi bahawa Rooney merupakan seorang perokok di kalangan peminat bola sepak. Ferguson membenarkan Rooney merokok selagi tidak mengganggu permainannya di padang. Sekarang prestasi Rooney agak teruk mungkin kesan dari merokok?
Rooney mula merokok ketika berumur awal 20-an, umur yang dibenarkan untuk merokok. Namun ada menyatakan bahawa Rooney bukanlah seorang perokok tegar.
Tegar atau tidak Rooney merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United dan masih tidak ada sinar untuk pemain lain memintas Rooney setakat ini.
Joey Barton berkata Rooney tidak mampu untuk berjaya seperti Ronaldo kerana kurang disiplin dan rokok antara penghalang beliau untuk berjaya dengan cemerlang.
Kata-kata yang datang dari budak nakal yang penuh dengan masalah disiplin.
Kemungkinan rokok dihisap : Luffman Hitam
Pemain bolasepak Jerman ini juga dikatakan mempunyai kehidupan yang agak sosial diluar padang. Sering dilihat menghisap rokok bersama rakan-rakan beliau.
Pemain tengah Arsenal ini antara pemain yang kisah peribadi jarang didendang apabila diluar padang tetapi tabiat merokok Ozil tidak dapat disembunyikan apabila gambarnya sedang merokok berjaya diambil oleh Paparazzi.
Ozil kini sudah tidak ada dalam perancangan Mikel Arteta yang percaya kepada ‘proses’ yang beliau terapkan ke dalam pasukan dan menghasilkan keputusan yang semakin teruk.
Patut selalu nampak semput.
Mungkin sebab inilah Ozil selalu kelihatan tercungap-cungap tak cukup nafas ketika beraksi tetapi sentuhan Ozil di padang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kemungkinan rokok dihisap : John Hitam
Wojciech Szczesny mempunyai kisah kelam ketika masih berseragam Arsenal. Penjaga gol asal Poland yang kini menyarung jersi Juventus tersebut meninggalkan The Gunners pada 2017 bukan lantaran persembahan yang buruk di atas padang, tetapi akibat tertangkap dan 'kantoi' sedang merokok di tandas ruang persalinan Emirates Stadium.
Arsenal menjadi kelab pertama dalam karier profesional Szczesny di luar kampung halamannya. Beliau telah bersama kelab tersebut sejak di akademi lagi setelah berhijrah dari Legia Warzsawa pada 2006. Szczesny berjaya menembusi skuad utama pada musim 2009/10. Sebagai pemain muda, beliau ketika itu berstatus sebagai penjaga gol pilihan keempat dibelakang Manuel Almunia, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone. Lalu, Szczesny dihantar keluar sebagai pinjaman untuk menimba pengalaman ke kelab League One, Brentford.
Satu musim sebagai pinjaman, Szczesny di panggil pulang kembali ke London Utara. Beliau terus diberikan mandat penuh oleh Arsene Wenger menjadi pilihan utama berikutan krisis kemerosotan prestasi dan masalah kecederaan penjaga gawang lainnya. Pemain yang berketinggian 1.95 meter itu membalas kepercayaan Le Professeur dengan penampilan yang boleh dibanggakan.
Sayang, segala kepercayaan Wenger kepada Szczesny terhenti pada 2015. Pengurus asal Perancis itu ternyata begitu berang dan kecewa kerana Szczesny telah melanggar peraturan disiplin kelab, iaitu larangan merokok.
Szczesny memang dikenali sebagai seorang perokok yang tegar dan Wenger sendiri mengetahuinya. Cuma apa yang dilakukan Szczesny - iaitu merokok di ruang persalinan kelab adalah amat dikesali. Pada Januari 2015, Szczesny telah melepaskan dua gol yang mana menyaksikan Arsenal tewas 2-0 kepada Southampton di gelanggang sendiri. Beliau begitu kecewa dan emosi. Selepas perlawanan, Szczesny pergi ke bilik air di ruang persalinan paling hujung lantas menyalakan sebatang rokok.
Malangnya, seseorang telah melihat lalu segera melaporkannya kepada Wenger yang mengakibatkan pengurus tersebut murka. Beliau dikenakan denda sebanyak 20 ribu pound dan posisinya lantas diambil alih David Ospina sebelum kehadiran Petr Cech terus melenyapkan peluangnya sama sekali.
Szczesny akhirnya dipinjamkan ke AS Roma sebelum Arsenal menjual beliau kepada Juventus dengan nilai 12 juta euro pada jendela perpindahan 2017.
Awalnya, beliau terpaksa berpuas hati menjadi back-up kepada Gianluigi Buffon sahaja. Namun, setelah keeper legenda Itali itu pergi ke Paris Saint-Germain, Szczesny menjadi pilihan utama. Bahkan, setelah Buffon kembali ke Turin, dirinya tetap dipercayai menjadi nombor satu di gawang gol sehingga kini.
Maurizio Sarri merupakan bekas pegawai bank ini bukan hanya dikenali dengan cara permainan ‘Sarriball’nya sahaja tetapi tabiat merokoknya bukan lagi rahsia kepada umum dan sering ditanya oleh wartawan.
Sarri telah mengakui bahawa beliau menghisap rokok sebanyak 4 kotak sehari dan sukar untuk dikawal ketagihannya itu. Dah takda kerja sekarang mungkin makin aktif.
“Aku hisap rokok 60 batang sehari, mungkin lebih atau kurang.” Dedah Sarri kepada La Nuova Riviera.”
“Aku tak rasa nak merokok semasa perlawanan tetapi sejurus selepas perlawanan memang aku kena hisap rokok. Tidak sangap cuk!.”
Agak power sebenarnya jumlah batang rokok yang disedut Sarri dalam sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : D-Blend
Rokok adalah perkara yang ditegah dan merupakan pantang larang dalam dunia sukan termasuklah bola sepak. Impak negatifnya sangat berlawanan dengan keperluan dan tuntutan fizikal bagi seseorang pemain. Latihan keras yang dijalani para pemain bola sepak menjadi tidak releven jika disulami dengan tabiat merokok.
Namun, memang bukan rahsia lagi jika beberapa kali, banyak pemain bintang ternama tertangkap sedang menghisap rokok. Entah itu hanya dilakukan sesekali atau sesuatu yang menjadi rutin dalam diri mereka.
Legenda Perancis, Zinedine Zidane, pernah tertangkap kamera ketika beliau sedang menghisap rokok saat masih aktif menjadi pemain di sebuah hotel tempat pasukannya menginap. Pemain Arsenal, Mesut Ozil juga pernah dilihat sedang asyik merokok pada waktu percutiannya. Di luar sana, masih banyak lagi pemain-pemain yang pernah tertangkap kamera sedang memegang batang rokok di tangan.
Persoalannya adalah, apakah impak dan kesan negatif yang terjadi apabila seorang atlet merokok?
Sebuah penelitian dilakukan untuk menilai pengaruh rokok terhadap beberapa parameter fizik seseorang. Penelitian ini dilakukan terhadap 15 orang perokok dan 15 orang bukan perokok yang berumur antara 18-30 tahun.
Dari hasil penelitian tersebut menunjukan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara perokok dan bukan perokok. Parameter fizik yang menunjukan perbezaan signifikan diantaranya adalah kapasiti paru-paru dan volume expiratory (jumlah udara yang dikeluarkan dari tubuh ketika bernafas). Sedangkan untuk VO2max, menurut penelitian tersebut, perbezaan yang ditunjukan antara perokok dan bukan perokok tidak terlalu signifikan.
Selain itu, American Heart Association juga mengatakan bahawa rokok akan memburukkan sistem kardiovaskular seseorang. Perokok akan cenderung memiliki degup jantung yang cepat, sirkulasi yang buruk, serta mudah mengalami sesak nafas kerana terlalu banyak zat beracun yang masuk ke dalam sistem pernafasannya.
Bagi seorang pemain bola sepak yang melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi, gangguan sistem kardiovaskular yang terjadi tersebut tentu sangat merugikan. Terganggunya sistem kardiovaskular akan berimpak juga pada sistem penghasilan tenaga yang terjadi pada tubuh mereka. Penghantaran oksigen yang terhambat ke organ-organ tubuh dan otot akan menjejaskan aktiviti fizikal yang mereka lakukan.
Ditambah lagi, penyakit-penyakit yang menjurus pada kematian, datang akibat kebiasaan merokok dan ianya bukan sesuatu yang diinginkan oleh sesiapa pun termasuklah pemain bola sepak. Rosaknya organ-organ penting di dalam tubuh membuat seseorang pemain tidak mampu untuk memberikan persembahan terbaik di tahap paling optima.
Atlet termasuklah pemain-pemain bola sepak seharusnya adalah individu yang mengamalkan gaya hidup sihat. Seiring dengan keperluan dan tuntutan fizikal yang amat dititik beratkan. Oleh demikian, amalan merokok yang terbukti tidak baik dari segi kesihatan diri, persekitaran dan masyarakat secara umum, harus dijauhi para pemain bola sepak.
Perlu daya ketahanan serta keazaman yang tinggi bagi seorang perokok tegar untuk berhenti merokok. Di Malaysia, pelbagai kempen dan program telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan serta pihak NGO bagi membantu golongan ini mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Orang yang tidak pernah merokok itu RARE, tapi orang yang berhenti merokok itu LEGEND !
Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Light
Zinedine Zidane.
Zinedine Zidane.
Zidane telah ‘kantoi’ menghisap rokok sebelum perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006 menentang Portugal.
Zinedine Zidane bukanlah perokok tegar dan tidak penagih rokok malah Zidane juga pernah menjadi sebahagian kempen anti-merokok pada tahun 2002. Mungkin perokok sosial
Namun Zidane pernah kantoi merokok. Gambar ini diambil ketika Zidane sedang merokok sebelum perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006 menentang Portugal. Merokok dan menetek
Jika Zidane merokok sekaligus, itu tidak pernah mempengaruhi prestasi di padang ketika bergelar pemain sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman.
Selain gambar di atas tiada lagi gambar yang membuktikan Zidane merokok.
Kemungkinan rokok dihisap : U2
Dimitar Berbatov.
Dimitar Berbatov.
Berbatov terkenal sebagai penghisap tegar Curut dan jugak rokok selain terkenal dengan sentuhan pertamanya yang kemas. Gaya Berbatov hisap curut persis Vito Andolini Corleone a.k.a Don Corleone dalam filem The Godfather.
Berbatov berkata ketika kariernya bersama Tottenham Hotspur, Manchester United, Bayer Leverkusen dan Monaco beliau bukanlah seorang perokok.
Namun gambar dengan rokok di mulut berjaya dirakam namun Berbatov menafikan dan berkata satu gambar sahaja tidak cukup membuktikan bahawa beliau seorang perokok.
“Aku pura-pura untuk merokok sebab aku nampak stail bro pegang rokok tapi itu jela. Aku tak tahu apa orang pikir bahawa aku merokok hanya melalui satu gambar.”
Kemungkinan rokok dihisap : Nusantara Merah
Mario Balotelli.
Mario Balotelli.
Pemain yang penuh karakter samada di dalam atau diluar padang. Merokok melengkapkan status Balotelli sebagai budak nakal. Kalau google bersepah gambar Balotelli merokok dengan penuh gaya, nikmat dan gurih.
Balotelli dilaporkan bukanlah perokok tegar apabila ada sumber menyatakan bahawa Balotelli hanya mengisap 3 sehingga 4 batang rokok je sehari.
Balotelli pernah didenda oleh AC Milan kerana merokok di dalam tandas keretapi. Jenis tak menyabar ni macam tak percaya je hisap 3-5 batang je sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : Canyon
Socrates
Socrates
Slaven Bilic
Slaven Bilic
Bilic pernah kantoi menghisap rokok di belakang bas pasukan dan perkara ini telah disahkan oleh bekas rakan pasukannya John Moncur.
Ketika bergelar pengurus, Bilic telah diberi amaran oleh Turkish Football Federation(TTF) kerana merokok di dalam stadium.
Bilic dikatakan menghisap rokok dua kotak sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : Rotthmans
Arsene Wenger
Arsene Wenger
Walaupun Wenger pernah mengeluarkan kata-kata berbau politik, beliau pernah dilihat merokok di bangku simpanan semasa zaman pensabunan.
Pada zaman rokok tidak diharamkan dari bola sepak, beberapa kali juga gambar Arsene Wenger sedang nikmat nyaman gurih menikmati asap yang menjadi makanan jin di bangku simpanan. Sekarang dah berenti kot.
Ketika zaman remajanya, Arsene Wenger pernah menjual rokok di pub untuk mendapatkan duit poket.
Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau
Wesley Sneijder
Wesley Sneijder
Selepas beberapa siri kecederaan dan kemudian berhijrah ke Turki, bekas pemain kebangsaan Belanda ini sering dilihat merokok tanpa berselindung lagi.
Walaupun menjadi seorang perokok tegar, Sneijder sebolehnya tidak melibatkan tabiat buruk ini dalam karier profesionalnya di mana dia tidak akan merokok di bilik persalinan atau ketika terlibat dengan aktiviti berpasukan.
Kemungkinan rokok dihisap : John Putih
Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti
Kemungkinan rokok dihisap : Pau rokok member
Johan Cruyff
Johan Cruyff
Tabiat merokok Cryuff ini telah bermula sejak zaman remaja lagi sebelum bergelar pemain profesional dan berterusan sehingga bergelar pengurus.
Kemungkinan rokok dihisap : D-Blend
Fabian Barthez
Fabian Barthez
Ferguson tanpa berselindung mendedahkan Barthez antara ahli sukan di Britain yang mempunyai tabiat buruk dengan menjadikan merokok sebagai amalan hidup.
Barthez menyangka Ferguson tidak mengetahui tabiat buruknya itu dan menjadi pemain ketiga Manchester United kantoi merokok dengan Ferguson selepas Jesper Olsen dan Les Sealey.
Menurut Ferguson lagi di England sangat jarang untuk melihat pemain bola sepak merokok tapi bagi Ferguson merokok lebih okay berbanding kaki botol.
Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Daun Tembakau Bang Leh
Roberto Carlos dan Ronaldo
Roberto Carlos dan Ronaldo
Perkokok sosial biasa akan merokok sekadar untuk suka-suka dan melayan member-member damnn tidak ketagihan kepada kandungan rokok. Pau sebatang dua je rokok member. Poser?
Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Samsu
Radja Nainggolan
Radja Nainggolan
Pak Radja berbangga dengan rokok.
Bekas ketua jurulatih Belgiumm, Marc Wilmots mengetahui tabiat buruk Pak Radja namun tidak menghalang kerana kesan buruk akan dirasai oleh Pak Radja.
“Saya tak akan menghalangnya (dari merokok) jika itu adalah keperluannya. Saya fleksibel dalam hal ini, kerana itu ialah badannya” Jelas Wilmots
Ketika dikemuncak karier dan diperlukan oleh pasukan sudah pasti kemahuan dan kehendak Pak Radja akan dipenuhi, sekarang tak tahu la akan dipenuhi ke tidak.
Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Lights
Jack Wilshere
Jack Wilshere
Selain menghisap rokok, Wilshere juga menghisap Shisha (perisa Apple+Sugus+Mint).
Walaupun bekali-kali ditegur oleh bekas pemain dan pengurus, Wilshere dengan tabahnya memekakkan telinga sambil menghisap rokok.
Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau
Wayne Rooney
Wayne Rooney
Bukan rahsia lagi bahawa Rooney merupakan seorang perokok di kalangan peminat bola sepak. Ferguson membenarkan Rooney merokok selagi tidak mengganggu permainannya di padang. Sekarang prestasi Rooney agak teruk mungkin kesan dari merokok?
Rooney mula merokok ketika berumur awal 20-an, umur yang dibenarkan untuk merokok. Namun ada menyatakan bahawa Rooney bukanlah seorang perokok tegar.
Tegar atau tidak Rooney merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United dan masih tidak ada sinar untuk pemain lain memintas Rooney setakat ini.
Joey Barton berkata Rooney tidak mampu untuk berjaya seperti Ronaldo kerana kurang disiplin dan rokok antara penghalang beliau untuk berjaya dengan cemerlang.
Kata-kata yang datang dari budak nakal yang penuh dengan masalah disiplin.
Kemungkinan rokok dihisap : Luffman Hitam
Mesut Ozil
Mesut Ozil
Pemain tengah Arsenal ini antara pemain yang kisah peribadi jarang didendang apabila diluar padang tetapi tabiat merokok Ozil tidak dapat disembunyikan apabila gambarnya sedang merokok berjaya diambil oleh Paparazzi.
Ozil kini sudah tidak ada dalam perancangan Mikel Arteta yang percaya kepada ‘proses’ yang beliau terapkan ke dalam pasukan dan menghasilkan keputusan yang semakin teruk.
Patut selalu nampak semput.
Mungkin sebab inilah Ozil selalu kelihatan tercungap-cungap tak cukup nafas ketika beraksi tetapi sentuhan Ozil di padang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kemungkinan rokok dihisap : John Hitam
Wojciech Szczesny
Wojciech Szczesny : The Smoking Gun
Arsenal menjadi kelab pertama dalam karier profesional Szczesny di luar kampung halamannya. Beliau telah bersama kelab tersebut sejak di akademi lagi setelah berhijrah dari Legia Warzsawa pada 2006. Szczesny berjaya menembusi skuad utama pada musim 2009/10. Sebagai pemain muda, beliau ketika itu berstatus sebagai penjaga gol pilihan keempat dibelakang Manuel Almunia, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone. Lalu, Szczesny dihantar keluar sebagai pinjaman untuk menimba pengalaman ke kelab League One, Brentford.
Satu musim sebagai pinjaman, Szczesny di panggil pulang kembali ke London Utara. Beliau terus diberikan mandat penuh oleh Arsene Wenger menjadi pilihan utama berikutan krisis kemerosotan prestasi dan masalah kecederaan penjaga gawang lainnya. Pemain yang berketinggian 1.95 meter itu membalas kepercayaan Le Professeur dengan penampilan yang boleh dibanggakan.
Sayang, segala kepercayaan Wenger kepada Szczesny terhenti pada 2015. Pengurus asal Perancis itu ternyata begitu berang dan kecewa kerana Szczesny telah melanggar peraturan disiplin kelab, iaitu larangan merokok.
Szczesny memang dikenali sebagai seorang perokok yang tegar dan Wenger sendiri mengetahuinya. Cuma apa yang dilakukan Szczesny - iaitu merokok di ruang persalinan kelab adalah amat dikesali. Pada Januari 2015, Szczesny telah melepaskan dua gol yang mana menyaksikan Arsenal tewas 2-0 kepada Southampton di gelanggang sendiri. Beliau begitu kecewa dan emosi. Selepas perlawanan, Szczesny pergi ke bilik air di ruang persalinan paling hujung lantas menyalakan sebatang rokok.
Malangnya, seseorang telah melihat lalu segera melaporkannya kepada Wenger yang mengakibatkan pengurus tersebut murka. Beliau dikenakan denda sebanyak 20 ribu pound dan posisinya lantas diambil alih David Ospina sebelum kehadiran Petr Cech terus melenyapkan peluangnya sama sekali.
Szczesny akhirnya dipinjamkan ke AS Roma sebelum Arsenal menjual beliau kepada Juventus dengan nilai 12 juta euro pada jendela perpindahan 2017.
Awalnya, beliau terpaksa berpuas hati menjadi back-up kepada Gianluigi Buffon sahaja. Namun, setelah keeper legenda Itali itu pergi ke Paris Saint-Germain, Szczesny menjadi pilihan utama. Bahkan, setelah Buffon kembali ke Turin, dirinya tetap dipercayai menjadi nombor satu di gawang gol sehingga kini.
Maurizio Sarri
Maurizio Sarri
Sarri telah mengakui bahawa beliau menghisap rokok sebanyak 4 kotak sehari dan sukar untuk dikawal ketagihannya itu. Dah takda kerja sekarang mungkin makin aktif.
“Aku hisap rokok 60 batang sehari, mungkin lebih atau kurang.” Dedah Sarri kepada La Nuova Riviera.”
“Aku tak rasa nak merokok semasa perlawanan tetapi sejurus selepas perlawanan memang aku kena hisap rokok. Tidak sangap cuk!.”
Agak power sebenarnya jumlah batang rokok yang disedut Sarri dalam sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : D-Blend
Sains dan Kesihatan : Implikasi Rokok Terhadap Pemain Bola Sepak

Tags