AKSI PENYERANG EAMON ZAYED SUMBAT DUA GOL BAWA SABAH RHINOS KE SEPARUH AKHIR DI KEJOHONAN CHINA

ZAYED SUMBAT DUA GOL, RHINOS KE SEPARUH AKHIR

SABAH Rhinos bangkit dari kekalahan 1-3 di tangan kelab Myanmar, Yadanardon FC, semalam, apabila menjinakkan kelab tempatan China, Wan Hao FC 3-1 dalam aksi suku akhir kejohanan Yunnan Asian International Football Tournament di Stadium Mangshi, petang tadi.

S
Skuad badak yang hanya menurunkan seorang pemain import, Eamon Zayed di separuh masa pertama bagaimanapun dikejutkan dengan gol pendahuluan tuan rumah pada minit ke-23 dan kedudukan 0-1 kekal sehingga wisel penamat babak pertama dibunyikan.


Walaupun tanpa khidmat bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf yang direhatkan sejak dua pelawanan lalu, skuad badak kembali menunjukkan taring mereka di babak kedua apabila melakukan beberapa serangan menarik ke kubu lawan.

Sabah juga menguatkan lagi pertahanan mereka dengan memasukkan bekas pertahanan Senegal dan Hull City, Abdoulaye Faye pada minit ke-53 dan ia juga adalah penampilan sulung Faye bersama pasukan utama negeri.

Kemasukan Faye ternyata memberi tuah apabila Zayed yang bertindak sebagai ketua pasukan berjaya menghasilkan gol penyamaan, juga pada minit ke-53.

Gol itu berpunca hasil hantaran Khairi Kiman ke dalam kotak penalti lawan dan Zayed mengambil peluang melakukan penyudah selepas pemain lawan gagal mengeluarkan bola dengan baik.


Pada saat akhir perlawanan iaitu di minit ke-93, bekas pemain Harimau Muda C, Maxsius Musa mencuri tumpuan apabila melengkapkan kemenangan Sabah dengan satu jaringan menarik.

Gol itu juga berpunca daripada hantaran cantik Leopold kepada Maxsius yang kemudiannya mengelecek penjaga gol lawan lalu dengan mudah menolak masuk bola ke gawang.


Pengurus pasukan, George O’Callaghan ketika ditemui, berkata kejohanan di Yunnan itu telah memberi idea kepadanya, siapa pemain yang benar-benar memiliki ‘hati’ untuk bermain bersama Sabah Rhinos, musim depan.

Dalam masa sama, beliau berkata dia juga berpeluang untuk mencuba kebolehan pemainnya di pelbagai posisi bagi memantapkan lagi pasukan agar menjadi antara pesaing Liga Malaysia 2015.

Di peringkat separuh akhir, Sabah bakal bertemu pemenang perlawanan antara kelab Kemboja, Phnom Penh Crown dan kelab tempatan dari Yunnan, Diamond FC yang berlangsung malam ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.