Selain Goh, turut hadir menyambut ketibaan Faye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ialah pengurus pasukan, George O’Callaghan dan pembantunya, Rahman Zakaria.
SELEPAS berjaya membawa masuk El Hadji Diouf, Sabah Rhinos sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan bakal mengikat bekas bintang Hull City dan Senegal, Abdoulaye Faye, 36.
P
emain yang pernah beraksi bersama beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris itu tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 6.15 petang tadi untuk proses terakhir bagi membolehkan beliau menyarung jersi pasukan utama negeri, musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Rhinos, Datuk Seri Panglima TC Goh ketika mengumumkan perkara itu, berkata keputusan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan pasukan.
Katanya, posisi pertahanan perlu diisi oleh pemain yang benar-benar berkualiti selepas khidmat pemain tinggi lampai dari Brazil, Tales Ricarte Dos Santos tidak dapat menyertai pasukan.
“Pasukan perlu menjaringkan gol dan pada masa sama perlu mengelak daripada dijaringkan gol, oleh itu kita harus membawa masuk seorang pertahanan yang berkualiti untuk membantu pasukan musim depan.
“Kita tidak bernasib baik kerana gagal mendapatkan khidmat Santos, dia seorang pemain yang bagus namun atas sedikit masalah teknikal serta peraturan yang harus dipatuhi, kita terpaksa lepaskan dia ke kelab asalnya.
“Pasukan memang mahu mengikat beliau (Santos), namun kita hanya dibenarkan untuk memiliki empat pemain import saja…kita terpaksa membuat keputusan yang terbaik,” katanya ketika ditemui.
Selain Goh, turut hadir menyambut ketibaan Faye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ialah pengurus pasukan, George O’Callaghan dan pembantunya, Rahman Zakaria.
Faye sebelum ini pernah beraksi bersama Bolton Wanderes pada tahun 2005 hingga 2007, Newcastle United (2007-2008), Stoke City (2008-2011), Wes Ham United (2011-2012) dan kelab terakhir beliau bersama Hull City (2012-2014).
Beliau juga mempunyai 35 penampilan bersama skuad kebangsaan Senegal dari tahun 2002 hingga 2010.
Manakala bagi kouta pemain import dari Asia, Goh berkata beliau akan mengumumkan pemain terbabit, esok.
Sementara itu, seorang lagi pemain import bagi kouta Asia dijangka akan diumumkan esok.
Sama-sama kita nantikan perkembangan pasukan seterusnya dengan tarikh pendaftaran pemain untuk Liga Malaysia 2015, hanya berbaki tiga hari.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Rhinos, Datuk Seri Panglima TC Goh ketika mengumumkan perkara itu, berkata keputusan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan pasukan.
Katanya, posisi pertahanan perlu diisi oleh pemain yang benar-benar berkualiti selepas khidmat pemain tinggi lampai dari Brazil, Tales Ricarte Dos Santos tidak dapat menyertai pasukan.
“Pasukan perlu menjaringkan gol dan pada masa sama perlu mengelak daripada dijaringkan gol, oleh itu kita harus membawa masuk seorang pertahanan yang berkualiti untuk membantu pasukan musim depan.
“Kita tidak bernasib baik kerana gagal mendapatkan khidmat Santos, dia seorang pemain yang bagus namun atas sedikit masalah teknikal serta peraturan yang harus dipatuhi, kita terpaksa lepaskan dia ke kelab asalnya.
“Pasukan memang mahu mengikat beliau (Santos), namun kita hanya dibenarkan untuk memiliki empat pemain import saja…kita terpaksa membuat keputusan yang terbaik,” katanya ketika ditemui.
Selain Goh, turut hadir menyambut ketibaan Faye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ialah pengurus pasukan, George O’Callaghan dan pembantunya, Rahman Zakaria.
Faye sebelum ini pernah beraksi bersama Bolton Wanderes pada tahun 2005 hingga 2007, Newcastle United (2007-2008), Stoke City (2008-2011), Wes Ham United (2011-2012) dan kelab terakhir beliau bersama Hull City (2012-2014).
Beliau juga mempunyai 35 penampilan bersama skuad kebangsaan Senegal dari tahun 2002 hingga 2010.
Selepas El Hadji Diouf dan Eamon Zayed, teka-teki berhubung pemain import lain yang akan menyarung jersi Sabah Rhinos bagi musim 2015 akhirnya terjawab apabila bekas pertahanan Hull City dan Senegal, Abdoulaye Faye tiba di Kota Kinabalu sebentar tadi.
Faye yang turut pernah beraksi bersama Bolton Wanderes, Newcastle United, Stoke City dan Wes Ham United itu dijangka bakal memantapkan lagi bahagian pertahanan Sabah musim depan.Sementara itu, seorang lagi pemain import bagi kouta Asia dijangka akan diumumkan esok.