Teerasil Dangda muncul pemain pertama Thailand beraksi dalam Liga Sepanyol


Teerasil pemain pertama Thailand beraksi dalam Liga Sepanyol

Penyerang bola sepak, Teerasil Dangda muncul pemain pertama dari Thailand untuk beraksi dalam Liga Sepanyol apabila dia hadir selaku pemain gantian ketika Almeria seri 1-1 menentang Espanyol, semalam.

Pemain berusia 26 tahun itu bersama kelab berkenaan atas pinjaman semusim daripada kelab Liga Perdana Thailand, Muangthong United. Dia kini berhajat mahu mendapatkan perpindahan tetap ke kelab Sepanyol itu yang nyaris tersingkir ke liga bawah, musim lalu ketika menyudahkan cabaran dengan hanya satu mata daripada zon bahaya.

"Saya sudah pun gembira apabila dinamakan pemain gantian untuk perlawanan ini.

Saya amat teruja apabila dapat beraksi atas gelanggang di sini. Sukar untuk menerangkan kegembiraan saya ketika ini," kata Teerasil kepada media Thailand, semalam.

Sebelum ini, Teerasil mewakili juara Sepanyol, Atletico Madrid untuk satu tempoh singkat, tahun lalu tetapi tidak beraksi dalam pasukan utama.

Dia turut menjalani ujian pemilihan bersama Manchester City pada 2007 ketika kelab itu dimiliki Thaksin Shinawatra.

Dia tidak dapat memenuhi hajat itu kerana gagal mendapat permit kerja.

TERRASIL Dangda (depan) ketika beraksi bersama penyerang Brazil, Neymar dalam perlawanan persahabatan Thailand menentang pasukan Barcelona, pada awal tahun ini. 


Teerasil - tonggak pasukan kebangsaan Thailand - berkata adalah terlalu awal untuk menyebut sama ada dia akan mendapat perpindahan tetap ke Almeria. - Reuters

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.