Mario Balotelli rasmi ke Liverpool FC

EPL: Balotelli jalani pemeriksaan perubatan sebelum ke Liverpool

Penyerang AC Milan, Mario Balotelli difahamkan sudah berlepas ke England untuk pemeriksaan perubatan ketika perbualan kian hangat mengenai perpindahan pemain berkenaan ke Liverpool dengan harga STG16 juta (RM80 juta).

Dengan yuran yang dipersetujui, The Reds dijangka membayar gaji STG120,000 (RM600,000) seminggu untuk pemain berusia 24 tahun itu angkat kaki ke Anfield.


Apa pun, perjanjian itu mungkin tidak akan dibereskan untuk pemain Itali itu untuk membuat kemunculan pertama menentang bekas kelabnya, Manchester City Isnin ini.


Balotelli beraksi untuk City selama tiga musim dari 2010 sehingga 2013 dengan menjaringkan 20 gol.

Sementara itu, Liverpool difahamkan mahu Balotelli memberi jaminan mengenai komitmen dan tingkah laku di luar gelanggang.

Sementara itu, bekas pemain pertahanan Liverpool, Gary Gillespie percaya tawaran kontrak untuk penyerang tinggi lampai itu sebagai mengambil satu risiko besar boleh menjerat The Reds.

"Ini mengenai reputasi pemain ini yang sudah dikenali. Brendan Rodgers mungkin dapat mengawalnya tetapi saya tetap berasa ia satu perjudian besar ketika ini," katanya. - BBC Sport

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.