Kerana pisang kelab bolasepak Liga Jepun Yokohama F-Marinos didenda RM144,000



Bola Sepak: Kerana pisang kelab Yokohama didenda RM144,000

Kelab bola sepak Jepun, Yokohama F-Marinos dikenakan denda AS$48,000 (RM144,000) oleh Liga-J, hari ini selepas penyokongnya mengejek seorang pemain berkulit hitam dengan gelagat bersifat perkauman semasa satu perlawanan minggu lalu.

Rakan video di laman media sosial menunjukkan penyokong itu melayangkan pisang ke arah penyerang Kawasaki Frontale, Renato yang berasal dari Brazil.

Perbuatan itu mengakibatkan kesan memalukan kepada kelab berkenaan dan Liga-J di mana penderaan seperti ini jarang berlaku.



Yokohama akhirnya berjaya mengesan penyokong berkenaan dan menggantungnya daripada menyaksikan perlawanan seumur hidup.

Pengerusi Liga-J, Mitsuru Murai memberitahu pemberita: "Kami mengambil berat kes ini tetapi kami berasa ia belum mencukupi untuk membangkitkan tahap kesedaran mengenai perkauman sebagai satu tanggungjawab mereka." - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.