ANTARA BUDAYA POSITIF YANG HARUS DI PUJI DAN KEKAL ABADI.


BUDAYA POSITIF YANG HARUS DI PUJI DAN KEKAL ABADI.

Keprihatinan para penyokong JDT terhadap kebersihan bakal membentuk satu budaya positif apabila mereka bersama-sama sebagai tuan rumah menjaga stadium.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada para penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan aksi ke-4 Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin semalam 26 Ogos 2014.

Kepuasan dan keseronokkan bersorak meraikan kemenangan sememangnya satu kenangan manis buat yang hadir namun rasa bangga ditambah lagi dengan semangat mereka yang tidak terus pulang sebaliknya turut sama-sama bergandingan tangan dengan para petugas membersihkan persekitaran stadium dikawasan tempat duduk mereka.

Tahniah dan Syabas ... Teruskan amalan mulia ini sehingga sebati dan menjadi sebahagian dari jati diri.

Amat mengharap agar para penyokong dari negeri lain akan menyusul ikut gelagat murni lagi mulia ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.