MUELLER DITUDUH "DRAMA KING" TERBAIK



Thomas Mueller jelas dilihat bersandiwara konon-kononya sakit selepas pertahanan Portugal Pepe yang seperti menghantukkan kepala di kepala penyerang Jerman itu.

Benar, Pepe terkenal dengan sikapnya yang panas baran, namun jika diamati insiden tersebut, pengadil Milorad Mazic tidak sepatutnya melayangkan terus kad merah, sabaliknya wajar memberi amaran ataupun kad kuning.




Terdahulu, Pepe dipersalahkan pengadil kerana tangannya terkena muka Mueller ketika kedua-dua pemain itu bersaing merebut bola di mniit ke-37. Namun, Pepe berang kerana menganggap Mueller berlakon, sebelum mengambil tindakan seperti menghantukkan kepala.




Mungkin turut mengambil kira reputasi buruk Pepe sebelum ini, pengadil dari Serbia itu tiada jalan lain selain terus menghalau Pepe keluar. Pertahanan Real Madrid itu kini berdepan penggantungan tiga perlawanan, namun Mueller turut dikritik hebat diatas lakonannya.

Kehilangan seorang pemain menjadikan corak permainan Portugal bertambah cacat, sekaligus mengakibatkan mereka tewas 4-0 ditangan Jerman.


Jurulatih Portugal Paulo Bento berkata, pengadil membuat keputusan berat sebelah kepada Jerman selepas pasukan lawannya itu turut dihadiahkan penalti mudah diawal perlawanan.



"Dua perkara ini memperlihatkan pengadil berat sebelah, selepas kedua-dua pasukan bersaing sengit. Saya tidak tahu jika Pepe dilayangkan kad merah kerana reputasinya," kata Paulo Bento.

Manakala Mueller turut menyuarakan pendapat mengenai insiden itu: "Saya tidak suka menontonnya di TV. Saya hanya berharap saya ok. Saya hanya berharap saya tidak kelihatan bodoh di TV.

"Saya tidak mahu menipu. Saya mempunyai banyak pengalaman pada perlawanan antarabangsa dalam tempoh empat tahun ini. Saya bukan jenis lelaki yang akan cepat takut," kata Mueller.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.