Pandangan sedunia akan tertumpu kepada Cristiano Ronaldo apabila Portugal bertemu Jerman di Salvador.
Tanda tanya keatas kecergasan pemenang FIFA Ballon d'Or 2013 itu mendominasi persiapan pasukan Eropah itu sebelum kejohanan.Penyerang Real Madrid itu dibelenggu masalah paha dan lutut sejak beberapa minggu kebelakangan ini, tetapi dia dipercayai akan tampil bertemu Jerman dalam perlawanan di mana kedua-dua pasukan mahu elakkan kekalahan.
Dengan Ghana serta Amerika Syarikat melambangkan lawan yang sukar di baca, kedua-dua pasukan Eropah dari Kumpulan G ini tahu bahawa kekalahan awal akan menjejaskan peluang mereka untuk layak ke kelompok 16 terakhir.
Oleh itu, kehadiran Ronaldo adalah sangat penting, kerana kapten dan bintang pasukan itu perlu memimpin pemainnya menentang pasukan Jerman yang tamat ditempat ketiga Piala Dunia sejak 2006.
Pemain tengah William Carvalho, adalah antara pemain yang memberi maklumat positif mengenai perkembangan CR7 pada masa ini dan dia juga yakin bahawa Portugal dapat memberi yang terbaik dalam pertemuan dengan anak buah Joachim Low.
"Semasa latihan, kami akan bercakap mengenai cara kita akan beraksi, dan strategi kami akan dapat dilihat pada perlawanan pembukaan dan saya pasti ramai akan menyukainya," Carvalho berkata pada sidang media sebelum perlawanan.
Jerman pula mempunyai masalah kecederaan mereka sendiri berdepan kejohanan kali ini.
Marco Reus disisihkan minggu lepas selepas terkoyak ligamen di buku lalinya semasa perlawanan persahabatan menentang Armenia, manakala pemain-pemain Bayern Munich Manuel Neuer, Philipp Lahm dan Bastian Schweinsteiger semuanya berdepan masalah kecederaan masing-masing.
Pemain-pemain dari kedua-dua pasukan amat kenali antara satu sama lain dan pernah bertempur sebelum ini semasa Euro 2008 - dimana Jerman kalah pada aksi final bertemu Sepanyol - dan juga pada peringkat separuh akhir Euro 2012.
Penjaring gol kemenangan pada masa itu, Mario Gomez, tidak dipilih kali ini selepas musim yang dimusnahkan akibat kecederaan lutut.
Ini meninggalkan Miroslav Klose sebagai penyerang tunggal Jerman dan dia pasti mengintai menyamai rekod gol terbanyak di Piala Dunia yang kini dipegang oleh Ronaldo.
Klose mempunyai 14 gol, kekurangan satu gol berbanding legenda Brazil itu.