Wanita di sebalik Brazuca. Adidas Brazuca : Made in Pakistan
Bola rasmi adidas Brazuca yang akan digunakan untuk World Cup Brazil 2014 dihasilkan oleh sebuah syarikat Forward Sports yang terletak di kota Sialkot timur Pakistan.
Adidas telah menjalinkan kerjasama dengan Forward Sports sejak tahun 1995 dalam penghasilan bola rasmi yang digunakan dalam Champions League, Bundesliga Jerman dan FIFA World Cup.Sebiji bola Brazuca dihasilkan dalam masa 40 minit dan kakitangan Forward Sports terdiri daripada 90% kaum wanita.
Wanita di sebalik Brazuca
DIA tidak tahu siapa Lionel Messi. Malah pasukan negaranya sendiri tidak menyertai pesta yang menjadi tumpuan seluruh dunia ini.Namun itu bukan penghalang kepada Gulshan Bibi untuk menghasilkan objek bulat yang direbut di tengah padang itu.
Bola yang dihasilkan bersama rakan-rakan sekerjanya di kilang Forward Sports di Sialkot, kota bahagian timur Pakistan inilah yang digunakan pada Piala Dunia yang baru bermula.
“Saya benar-benar berharap bola yang dihasilkan ini akan digunakan dan insya-ALLAH kami akan menonton. Jika itu berlaku, semua wanita yang bekerja di sini amat berbangga,” kata Gulshan.
Walaupun pasukan bola sepak Pakistan berada di kedudukan ke-159 dalam dunia Fifa, namun Sialkot mempunyai suatu sejarah panjang pembuatan bola bertaraf dunia.
Forward Sports bekerja dengan Adidas sejak 1995. Membekalkan bola untuk beberapa perlawanan yang terkemuka di dunia, termasuk Liga Juara-Juara, German Bundesliga dan terkini Piala Dunia.
Pada awalnya seorang tukang kasut pernah diminta untuk memperbaiki bola pancit untuk askar Britain zaman penjajah. Dia kemudian mempelajari bagaimana membuat bola. Dan daripada situlah industri membuat bola bermula.
Namun, skandal buruh kanak-kanak di tahun 1990-an membuat usahanya nyaris tenggelam.
Kini Adidas bekerjasama dengan kilang dan pertubuhan bukan kerajaan menguatkuasakan pemeriksaan ketat bagi menghalang kanak-kanak menjahit bola.
Selepas itu, semua pekerja Forward Sports mesti menyediakan kad pengenalan bagi membuktikan mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Kini semua pekerja menerima gaji asas 10,000 rupee (RM324.74) sebulan dan mungkin itu akan meletakkan bola Brazuca diluluskan AS$160 (RM512.56) Fifa walaupun ia di luar kemampuan pekerja. - AFP
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola