Andre Pirlo musnahkan England tanpa menyentuh bola


Pirlo musnahkan England tanpa menyentuh bola

Awal pagi tadi peminat bola sepak dapat menyaksikan bagaimana tonggak berpengaruh Itali, Andre Pirlo melakukan kemusnahan besar keatas England biarpun tanpa menyentuh bola.

Pirlo melakukan "dummy" yang menarik ketika dia dikekang Daniel Sturridge, untuk memberi peluang kepada Claudio Marchisio melakukan jaringan pembukaan perlawanan.

Pemain tengah dari Juventus itu turut mempersembahahkan kehebatan bakatnya ketika melakukan tendangan percuma di penghujung permainan yang nyaris-nyaris membuahkan gol.

Kelajuan rembatan itu nyata tidak boleh disangkal, malah penjaga gol England, Joe Hart hanya dapat melihat begitu sahaja tanpa sempat melakukan sebarang reaksi. Mujur palang menjadi halangan.

Wataknya yang sederhana dan tenang menjadikan dia begitu berbeza dengan rakan-sepasukannya dan turut dilihat sebagai "senjata tersembunyi" yang dimiliki Itali.


Pengurus England Roy Hodgson berkata:"We take our hats off to their skill (menunjukkan hormat terhadap bakat mereka)."

"Pirlo adalah pemain yang boleh menambahkan kualiti dalam setiap kawasan di atas padang," kata pengurus Itali Cesare Prandelli.



"Sama ada dikawal segitiga, mara ke hadapan atau apa sahaja, dia boleh mengendalikan dirinya dalam mana-mana kawasan."

Pirlo, 35, pemain veteran yang pernah membantu skuad Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006 memakai lilitan "armband" kapten untuk perlawanan tersebut bagi menggantikan Gianluigi Buffon yang mengalami kecederaan.

Perlawanan tersebut berkesudahan 2-1 berpihak kepada Itali.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.