PENYERANG Barcelona, Lionel Messi (tengah) dikawal ketat oleh pertahanan Atletico Madrid, Tiago (kanan) dan Jorge ‘Koke’ Resureccion dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, di Camp Nou, pagi ini. Keputusan terikat 1-1. - Foto Reuters
MADRID: Barcelona bangkit selepas ketinggalan untuk mengikat Atletico Madrid 1-1 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah.
Bintang Brazil, Neymar bagaimanapun memberi sedikit kelegaan kepada tuan rumah menerusi gol penyamaan pada minit ke-71.
Barca yang kini menguasai La Liga Sepanyol gagal menambah jaringan sehingga tamat permainan dengan Atletico memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan pada perlawanan kedua, Rabu depan.