TRW calon juara Liga Super.
Jurulatih kelahiran England itu dengan penuh yakin menegaskan Kelantan akan dinobatkan juara liga sekiranya persembahan mantap seperti ketika pertemuan dengan Lions XII dapat dikekalkan dalam perlawanan akan datang.Katanya, kemenangan ke atas pasukan bimbingan Fandi Ahmad di tempat lawan itu adalah kejayaan paling manis buatnya sepanjang bersama Kelantan musim ini, terutama apabila The Red Warriors (TRW) terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ahmad Shakir Ali dilayangkan kad merah.
Pilihan utama jadi juara
"Semua orang tahu bukan mudah untuk menewaskan Lions XII di gelanggang keramat mereka, tapi pemain saya berjaya melakukannya. Ini menunjukkan Kelantan adalah pilihan utama untuk menjadi juara liga musim ini.
"Walaupun pemain saya sedikit tertekan selepas Ahmad Shakir dilayangkan kad merah, dengan semangat juang yang tinggi ditunjukkan semua pemain, kami akhirnya mendapat gol kemenangan di saat akhir. .