FAM dibcarakan dalam mahkamah AFC


Penyokong Ultras Malaya menyalakan suar menyebabkan permainan terpaksa dihentikan seketika pada perlawanan persahabatan Malaysia menentang Filipina pada 1 Mac lalu.caption image

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dibicarakan kerana tindakan Ultras Malaya membakar suar, mercun dan bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, 1 Mac lalu pada minggu pertama atau kedua April ini.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay, berkata pihaknya sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung insiden itu, Jumaat lalu.

“Memang benar pihak AFC sudah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM, Jumaat lalu kerana kami mahu pun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memandang serius kejadian membakar suar, mercun dan bom asap ini.

“Tindakan penonton seperti ini hanya akan menjejaskan bola sepak sesebuah negara. Kita tak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika perlawanan bola sepak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.