FAKTA MENARIK PERLAWANAN ANTARA YEMEN VS MALAYSIA

FAKTA MENARIK PERLAWANAN YEMEN VS MALAYSIA

Walaupun menang 2-1 ke atas Yemen kelmarin, skuad Harimau Malaya hanya mampu berjaya mengulangi episod kegagalan layak ke pusingan akhir Piala Asia di Australia tahun hadapan seperti sebelum-sebelum ini.

Skuad Harimau Malaya terpaksa bermain 10 orang selama hampir 80 minit selepas kehilangan Amirizwan Taj seawal minit ke-12. Gol-gol skuad kebangsaan dijaringkan oleh Amri Yahyah pada minit ke-16 dan Fakhri Saarani pada minit ke-77. Gol tunggal Yemen dijaringkan oleh pada minit ke-59 oleh Mohammed al-Sarori.


Berikut adalah fakta menarik perlawanan menentang Yemen kelmarin:

1) Walaupun tidak layak, Harimau Malaya menjadi pasukan terbaik di kedudukan ke-3 dalam kumpulan D di kalangan pasukan dari Asia Tenggara yang bersaing dalam pusingan kelayakan kali ini.

Vietnam - 4 mata (kedudukan terakhir dalam kumpulan E)
Singapura - 3 (kedudukan terakhir dalam kumpulan A)
Indonesia - 1 (kedudukan terakhir dalam kumpulan C)
Thailand - tiada sebarang mata (kedudukan terakhir dalam kumpulan B)

2) Kemenangan ke atas Yemen kelmarin adalah yang kemenangan kali pertama Harimau Malaya untuk perlawanan berkelas A di gelanggang luar sejak 2007.

3) Pencapaian kelayakan kali ini adalah lebih baik dari pencapaian Malaysia dalam pusingan kelayakan 2011, 2003 (2007 kita layak sebagai tuan rumah)

4) Pencapaian kali ini menyamai pencapaian kelayakan Piala Asia 2000 di mana kita juga mendapat 7 mata. Walaubagaimanapun saingan kumpulan pada waktu itu hanya melibatkan saingan negara-negara Asia seperti Thailand, Korea Utara dan Myanmar dan tidak melibatkan pasukan-pasukan dari negara Timur Tengah.

5) Kemenangan kelmarin juga merupakan kemenangan pertama bersama Harimau Malaya buat:

1) Jurulatih Datuk Ong Kim Swee
2) Pemain tengah Pahang, Mohd Hafiz Kamal (caps ke-2 bersama Harimau Malaya)
3) Penyerang PDRM, Bobby Gonzalez (caps ke-2 bersama Harimau Malaya)

6) Pemain terbaik perlawanan: Khairul Fahmi Che Mat

Kejayaan Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti Yemen pada minit ke-13 menjadi turning point skuad Harimau Malaya memberi persembahan memberangsangkan walaupun hanya ada 10 pemain. Di samping itu Khairul Fahmi juga berjaya menyelamatkan beberapa percubaan "sure goal" Yemen yang nyata menjadi sebab utama skuad Harimau dapat mengekang serangan Yemen.

7) Malaysia cuba untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 sebagai pasukan tempat ke-3 terbaik namun gagal selepas Iraq mengalahkan China 3-1 di dalam aksi kumpulan C. Iraq sebelum ini berkedudukan tempat ke-3 melonjak ke tangga ke-2 kumpulan C dengan 9 mata seterusnya layak secara automatik. Manakala China pula jatuh ke tempat ke-3 lalu layak ke Piala Asia 2015 selepas mengambil slot sebagai pasukan kedudukan ke-3 terbaik dengan 8 mata.

Manakala Lebanon yang pada mulanya juga mempunyai harapan cerah layak sebagai pasukan ke-3 terbaik gagal walaupun berjaya menewaskan pasukan tercorot kumpulan B iaitu Thailand dengan jaringan 5-2.

Walaupun China dan Lebanon berkedudukan ke-3 di dalam kumpulan masing-masing dan mengumpulkan 8 mata, China lebih layak kerana mempunyai kelebihan dari segi perbezaan gol (-1) berbanding Lebanon (-2).

Selepas ini skuad kebangsaan akan mempersiapkan diri untuk kejohanan Piala Suzuki 2014 hujung tahun ini yang akan dilangsungkan di Vietnam dan Singapura.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.