Yemen 1-2 Malaysia (Perlawanan ke-6 Kelayakan Piala Asia )


Amri Pengegar pertama Gawang Yemen

Yemen 1-2 Malaysia (Matchday 6 Asian Cup Qualifiers)

Harimau Malaya membawa segunung harapan rakyat Malaysia untuk layak ke Piala Asia secara merit walaupun mempunyai peluang yang tipis. Tidak cukup sekadar menewaskan Yemen, Harimau Malaya mengharapkan beberapa keputusan lain memihak kepada mereka untuk memastikan mereka layak ke Piala Asia di Australia.


FIRST HALF :

Sey hanya dapat menyaksikan perlawanan bermula minit ke-11. Tanpa mengetahui bahawasanya skuad negara telah pun bermain dengan 10 orang ketika ini.

Pada minit ke-9, pemain pertahanan negara Amiridzwan Taj dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain Yemen di dalam kotak penalti Malaysia. Walaupun pada mulanya dilihat agak kontroversi keputusan yang dibuat oleh pengadil dari Uzbekistan itu, namun sey terpaksa bersetuju dengan pendapat Jalil Rambli dan Hasnizam Uzir (toringek sey maso kocik-kocik dulu poie stadium Larkin tengok Hasnizam ni main untuk Johor) bahawa keputusan yang dibuat pengadil adalah betul.

Amiridzwan menghalang peluang menjaringkan gol kepada Yemen. Wajar diberikan penalti. Persoalannya ialah kad merah yang dilayangkan. "A bit harsh" kata Jalil Rambli. "A soft sending off"kata sey. Walaubagaimanapun, penjaga gol negara, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang terhasil itu dengan mudah. Sepakan penalti tersebut lemah dan diarahkan terlalu dekat kepada Khairul Fahmi. Kredit kepada beliau.


Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti. (Bukan gambar perlawanan)

Datuk OKS membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Fadhli Sas dan mengeluarkan Safiq Rahim untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amiridzwan Taj. Bobby Gonzales pula dipaksa bermain central midfield bergandingan dengan Hafiz Kamal. Posisi yang agak asing untuk Bobby.

Harimau Malaya mendapat peluang pertama apabila melakukan counter attack menerusi Safee Sali. Beliau dijatuhkan betul-betul di luar kotak penalti Yemen pada minit ke-15. Hafiz Kamal mengambil sepakan tersebut. Bola melantun di hadapan penjaga gol Yemen, gagal ditangkap, terkena palang, Amri Yahya melakukan follow up dengan menanduk masuk ke gawang Yemen.

1-0 kepada Harimau Malaya.


Amri menyerlah di bawah kendalian Datuk OKS.

A poachers' goal from Amri. He showed his striker instinct to chase an almost lost cause, and manage to produce a goal from it.

Yemen masih terus menguasai permainan dengan kelebihan seorang pemain. Beberapa percubaan bahaya dilakukan daripada luar kotak penalti. Namun dengan ketangkasan yang ada, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan percubaan tersebut untuk memastikan Harimau Malaya terus mendahului perlawanan.

Peluang kedua Harimau Malaya tiba pada minit ke-27. Nazrin Nawi mengambil sepakan penjuru dan menghantar bola ke 6 yard box Yemen. Aidil Zafuan menerpa ke arah bola dan berjaya melakukan sentuhan. Penjaga gol Yaman, Saoud berjaya menepis keluar percubaan tersebut.

5 minit selepas melakukan percubaan merbahaya itu, Aidil melakukan kesilapan dengan menghantar bola kepada pihak lawan di dalam kawasan sendiri. Yemen melancarkan serangan balas. Khairul Fahmi again showed his athleticism, agility, and anticipation to make a triple save before Fadhli Sas came in with a crunching but clean tackle to stop the attack.

Pada minit ke-43, Datuk OKS membuat pertukaran kedua dengan memasukkan Fakri Saarani menggantikan Bobby Gonzales.

Separuh masa pertama tamat dengan pasukan negara mendahului 1-0.

SECOND HALF :

3 minit babak kedua bermula, penyerang prolifik negara, Safee Sali mengalami kecederaan groin.Setelah mengeluarkan Bobby, kini skuad negara tidak lagi mempunyai pemain penyerang. Datuk OKS membuat keputusan untuk memasukkan Baddrol Bakhtiar menggantikan Safee. Baddrol menggalas posisi penyerang dan juga attacking midfielder atau lebih dikenali sebagai false number nine. Posisi yang diperkenalkan oleh pasukan Sepanyol.

Harimau Malaya masih lagi mengamalkan permainan bertahan dengan sesekali melakukan counter attack untuk cuba memerangkap pertahanan Yemen. Usaha skuad Harimau Malaya hampir membuahkan hasil pada minit ke-53.

Quick short passes from Zubir Azmi, Hafiz Kamal and Nazrin Nawi somehow someway manage to find Amri who was free down the right flank. Amri managed to side stepped his defender and drilled in a low cross into the danger area. Unfortunately for Harimau Malaya, Zubir could not get to the end of the cross to slot the ball home. A very, very brilliant move by the Malaysian team.

Pada ketika ini, Yemen sudah mula melancarkan serangan daripada bahagian kanan pertahanan skuad negara. Mahali kerap kali dilihat terlalu mudah ditewaskan oleh pemain sayap Yemen dan melakukan beberapa school boy error.

Pada minit ke-57 Yemen hampir berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain sayap mereka sekali lagi menewaskan Mahali dan melakukan cross ke dalam kotak penalti Malaysia. Pemain Yemen berjersi nombor 9 melakukan free header namun tandukan beliau sekadar menggegarkan tiang gol Khairul Fahmi.

Kekebalan pertahanan Harimau Malaya akhirnya musnah pada minit ke-59 apabila hantaran yang dilakukan Zubir tepat menuju kaki pemain lawan. Yemen melancarkan counter attack, Al-Sarori berjaya menewaskan Khairul Fahmi dengan rembatan cantik.

Perlawanan terikat 1 gol sama.

Pada minit ke-76, Khairul Fahmi melakukan sepakan jauh ke sayap kiri mencari Nazrin. Nazrin berjaya mengawal bola dan dikasari pemain Yemen. Sepakan percuma diberikan. Nazrin mengambil sendiri sepakan tersebut. Menghantar bola ke dalam kotak penalti. Fakri Saarani melutut bola hantaran Nazrin. Penjaga gol Yemen terkapai-kapai. Bola menerjah jaring. Gol kedua untuk Harimau Malaya!


Fakri menjaringkan gol kedua Harimau Malaya. 

Sebaik sahaja Fakri menjaringkan gol, perlawanan menjadi lebih terbuka dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Walaupun Yemen kerap merencanakan serangan bertali arus, namun keampuhan benteng pertahanan Harimau Malaya dan Khairul Fahmi berjaya mengekang Yemen. Skuad negara berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat.


PERBINCANGAN :

Wajarkah Amiridzwan dilayangkan kad merah? If we play by the book, it was definitely a red card without a doubt. Pengadil membuat keputusan berdasarkan undang-undang. Walaupun beliau boleh melayangkan kad kuning sahaja, namun beliau tidak boleh dipersalahkan kerana mengikut undang-undang pengadilan. Sey memang bersependapat dengan Jalil dan Hasnizam.

Sey kurang bersependapat dengan Hj Hasbullah yang mengkritik persembahan Bobby Gonzales. Bobby bermain sebagai seorang penyerang. Apabila terpaksa bermain sebagai midfield, agak sukar untuk Bobby menunjukkan keupayaan sebenar beliau.


Jika statistik di atas tepat, tidakkah Bobby Gonzales,
mempunyai rekod (untuk Sarawak) yang amat dahsyat!

Tindakan OKS mengeluarkan Bobby juga tepat kerana Bobby kurang agresif untuk mematikan serangan Yemen. Walaupun berjaya membuat interception beberapa kali, Bobby dilihat tidak dapat menyesuaikan diri bermain di midfield. Cuma pertukaran Fakri dan Bobby sey lihat mungkin terlalu awal.


Mahali mengekang pergerakan Neymar.
(Tiada kaitan dengan perlawanan tadi, cuma nampak 'style' sikit bila 'guard' Neymar)

Mahali Jasuli. Mungkin satu-satunya pilihan OKS yang sey tidak setuju. Sejak persembahan memberangsangkan pada AFF 2010, bilakah kali terakhir kita mendengar Mahali bermain dengan baik selain daripada menjaringkan gol ketika menentang Indonesia pada AFF 2012?

Pado pandangan sey la, Mahali takdo banyak sumbangan bilo monyorang. Takdo banyak sumbangan jugak maso bortahan. Ini pandangan sey.

Hantaran yang dilakukan kerap tidak tepat. Sering cuba menggelecek pihak lawan di dalam kawasan sendiri. Kehilangan bola ketika menggelecek. Yemen turut menukar cara serangan mereka pada separuh masa kedua sebentar tadi. Mereka banyak mengasak melalui Amri dan Mahali. Mungkin jurulatih Yemen berjaya mengesan kelemahan di bahagian kanan benteng Harimau Malaya?

Ramai yang memberi pujian kepada Apex. Tidak dinafikan beliau layak mendapat pujian-pujian tersebut. Sey turut memuji beliau di awal entry ini. Sey nak puji pemain lain pula.

First and foremost, our defense. Comprising of Aidil, Fadhli, and Zubir. They have played their hearts out. Intercepting passes, crunching tackles, well timed challenges, heading clear the ball, and blocking shots. 

Oleh kerana mereka telah melakukan perkara-perkara sukar sebegini, Aidil amat kecewa ketika gawang mereka dibolosi. Jika Zubir membuat hantaran tepat dan Mahali bertahan dengan lebih baik, mungkin gawang Malaysia tidak dibolosi malam tadi. Adakalanya pertahanan kita melakukanschoolboy error, tetapi berdasarkan persembahan keseluruhan, mereka ternyata wira kerana bertahan selama lebih 80 minit dengan hanya 10 pemain.

Amri, Hafiz, Bobby, Fakri, and Nazrin. How many times were they chasing shadows? How many times did they ganged up on the Yemen players just to win the ball to launch counter attacks? They were amazing. 

Hafiz Kamal bermain dengan demerlang. Ketenangan beliau mengawal tempo permainan harus dipuji. Bijak mengesan larian rakan untuk melakukan through ball. Dictating play when he was on the ball with so much ease. Sey memang betul-betul kagum dengan Hafiz.

Amri ternyata menyerlah bermain di sayap kanan di bawah kendalian OKS. Bayangkan jika beliau tidak perlu banyak menggunakan tenaga untuk membantu pertahanan. Sudah tentu lebih banyak gerakan bahaya yang mampu mencipta peluang menjaringkan gol berjaya dihasilkan beliau.

Bobby dan Fakri melaksanakan tugas mereka sebagai ball winning midfielder dengan agak baik pada pengamatan sey. Kedua-dua mereka berjaya mematikan serangan dan intercept hantaran pihak lawan. Jika Fakri berjaya memperbaiki skil menahan dan menghantar bola secara tepat, tidak mustahil Harimau Malaya pasti mempunyai lebih banyak peluang menjaringkan gol di penghujung separuh masa kedua tadi.

Nazrin pula lebih menyerlah selepas Safee dikeluarkan. OKS banyak mengarahkan counter attackdilancarkan dari posisi Nazrin. Berkali-kali beliau melakukan larian laju untuk memulakan counter attack. Sebaik berjaya mengawal bola, beliau cuba untuk mendapatkan sepakan percuma untuk memberi peluang dan masa kepada rakan sepasukan naik keatas untuk menyerang melalui set-piece. Modus operandi yang amat sempurna bagi pasukan yang bermain dengan 10 orang untuk 82 minit.

Persembahan Safee sebagai lone striker juga harus dipuji. Jika Nazrin menggalas tugas melancarkancounter attack untuk mendapatkan sepakan percuma pada separuh masa kedua, Safee menggalas tugas tersebut pada separuh masa pertama dengan amat jayanya. Walaupun jarang diturunkan sebagai kesebelasan utama di JDT, Safee masih mampu mempamerkan aksi mantap pada perlawanan malam tadi.

KESIMPULAN :

Bermain 10 orang untuk 90% perlawanan ternyata merencatkan sedikit game plan Datuk OKS. Namun beliau cepat untuk mengubah strategi dan pemain berjaya melaksanakan strategi tersebut. Tahniah diucapkan.

Pado pongamatan sey, goalkeeper Yemen tadi takdo la handal bona. Gol pertamo tadi mungkin la dio torsilap. Mungkin jugak bola si Hafiz tu molantun arah lain. Tang gol keduo tu yang sey tak berapo nak faham. Gayo keeper tu dive tak macam keeper. 

Jika skuad negara berjaya menguji penjaga gol tersebut dengan lebih banyak, mungkin bukan setakat dua gol sahaja yang mampu dijaringkan. Mungkin.

Walaupun gagal melayakkan diri ke Piala Asia, persembahan Harimau Malaya menentang Yemen harus dipuji. Tahniah para pemain! Tahniah Datuk OKS!


P/S : Tak dapek nak ke Paroi hari Jumaat ni. Orang rumah nunggu hari. Mintak jaso baik kek waghieh-waghieh dan semuo yang membaco ni doakan semoga urusan sey sekeluargo dipermudahkan. Aamiiin.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
MALAYSIA BOLEH!

SYS

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.