Rozaimi Abd Rahman dilaporkan cedera menjelang pembukaan Liga M
PENYERANG Sabah, Rozaimi Abd Rahman mencetus kebimbangan peminat apabila dilihat meninggalkan sesi latihan pasukan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin, dipercayai akibat kecederaan.
Pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu sempat menjalani latihan selama kira-kira 20 minit sebelum dikatakan mengalami kecederaan dan terpaksa meninggalkan padang ketika pemain lain masih giat berlatih.
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih, Milomir Seslija ketika ditemui mengesahkan Rozaimi hanya mengalami kecederaan ringan dan yakin pemain itu akan pulih sepenuhnya sebelum musim baru yang akan bermula beberapa hari saja lagi.
“Dia akan ok…Ia hanya kecederaan kecil disebabkan beberapa faktor termasuk cuaca tidak menentu yang sedikit menjejaskan keadaan padang, buat masa ini, saya tidak mahu memberi dia terlalu banyak tekanan,” katanya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola