Milomir Seslija sudah bayangkan pamain yang akan beraksi untuk kesebelasan utama Sabah FA

PEMAIN Sabah memberi tumpuan kepada Milomir yang kelihatan menerangkan sesuatu kepada mereka pada sesi latihan di Stadium Likas, kelmarin.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



KETUA Jurulatih Sabah, Milomir Seslija, berkata dia telah dapat membayangkan pemain terbaiknya yang akan membarisi kesebelasan utama pasukan pada musim ini.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 49 tahun itu masih enggan mendedahkan senarai pemain dimaksudkan namun menegaskan senarai pemain berkenaan sudah berada dalam fikirannya.

“Saya memiliki 14 hingga 15 pemain yang boleh diturunkan sebagai kesebelasan utama, tetapi ia bergantung pasukan mana yang kita akan lawan.

“Setiap pemain mempunyai peluang kerana mereka bekerja keras pada setiap sesi latihan, tapi saya tahu siapa yang akan main…ianya sudah berada dalam fikiran saya,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Milomir berkata, persiapan pasukan untuk menghadapi musim baru juga berjalan lancar dengan semua pemain menunjukkan komitmen tinggi.

“Kita telah bersedia untuk memulakan musim 2014 ini dan pasukan juga akan berusaha memenangi setiap perlawanan dengan mempamerkan aksi ‘maksimum’.

“Musim ini, kita mahu perubahan…kita mahu membina pasukan Sabah yang baru dan bersemangat tinggi serta mampu jadi pencabar utama,” katanya.

Picture
MILOMIR sempat ‘beraksi’ ketika latihan kelmarin.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua pihak khususnya peminat supaya terus memberi sokongan kepada pasukan untuk menaikkan lagi semangat para pemain.

“Saya harap semua pihak termasuk pemain, media dan peminat akan terus berganding bahu untuk membantu pasukan mencapai sasaran iaitu kembali ke Liga Super musim depan,” katanya.

Sabah akan memulakan cabaran musim 2014 menentang Kuantan FA dalam saingan Piala FA di tempat lawan, Selasa depan.

Selepas itu, pasukan sekali lagi akan berkunjung ke tempat lawan dalam saingan Liga Perdana menentang Pulau Pinang, 24 Januari depan sebelum kembali ke ‘stadium keramat’ Sabah, Stadium Likas untuk ‘melayan’ kehadiran Felda United, 27 Januari depan.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.