Juan Mata tidak hadir latihan menguatkan spekulasi perpindahan ke Manchester United
Terkini dari pusat latihan Chelsea di Cobham. Juan Mata dilaporkan tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan Chelsea awal hari ini, dan media mengambil kesempatan dengan mengatakan ini semakin menguatkan spekulasi bahawa beliau kini sah menjadi sasaran pemindahan Manchester United.
Juan Mata juga telah memberitahu kepada rakan-rakan dan keluarganya bahawa dia akan menyertai Manchester United.
Walaupun Chelsea tidak mahu memberi komen tentang laporan, ketiadaan Mata pada sesi latihan telah menyebabkan beberapa media telah mendakwa bahawa perjanjian Mata dengan United semakin hampir dicapai.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola