Pemain Perancis itu hadir untuk menerima hadiah tempat ketiga di belakang Ronaldo dan Lionel Messi ketika majlis anugerah di Zurich minggu lalu malah turut mendakwa anugerah individu tidak penting baginya.
Bintang Bayern Munich Franck Ribery mengecam sistem undian untuk anugerah Ballon d’Or dan mendakwa dia lebih layak menerima anugerah berkenaan daripada Cristiano Ronaldo memandangkan dia menang lima trofi sepanjang 2013 sedangkan bintang Real Madrid itu langsung tidak memenangi apa-apa.
Tiada apa yang mampu menyembunyikan kekecewaannya selepas itu dan meluahkan perasaannya dalam satu wawancara.
“Saya menang segala-galanya dan sudah pastinya memenangi sesuatu tetapi Ronaldo sebaliknya tidak menang apa-apa. Saya tidak sedih kerana kalah tetapi ia agak mengecewakan saya,” katanya.
“Saya layak memenangi Ballon d’Or.”
Ribery meraih gelaran Bundesliga, Piala Jerman, Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia bersama Bayern sepanjang 2013.
Bintang Perancis itu juga turut mendakwa perubahan yang dibuat dalam sistem undian tahun ini membolehkan Ronaldo memenanginya, dengan melanjutkan tarikh akhir pada hari sama bintang Portugal itu menyingkirkan Sweden dalam perlawanan play-off Piala Dunia.
“Jelas sekali Ronaldo akan memenanginya. Tarikh akhir undian dilanjutkan selama dua minggu. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
“Ini bukannya bola sepak tetapi keputusan berbentuk politik.”
Kekecewaannya tidak berakhir di situ saja apabila dia turut mengkritik Kesebelasan Dunia FIFPro iaitu pasukan terbaik FIFA sepanjang tahun lalu
kerana hanya mempunyai tiga bintang Bundesliga biarpun final Liga Juara-Juara itu adalah di antara Bayern dan Borrusia Dortmund.
“Hanya ada tiga pemain Bayern. Ia memang tidak masuk akal,” katanya.
“Thomas Muller berhak berada di sana, begitu juga dengan David Alaba, Bastian Schweinsteiger dan Arjen Robben.
“Kami menang lima gelaran dan mencatat sejarah. Malah pemain Borussia Dortmund juga tiada dalam senarai itu. Di mana pula Mario Gotze dan Robert Lewandowski? Ia tidak masuk akal langsung.”
Pada masa sama penolong jurulatih Real, Zinedine Zidane berkata, Ribery boleh menganggap dirinya tidak bernasib baik kerana gagal memenangi Ballon d’Or.
Begitupun Zidane turut mempertahankan kehebatan aksi Ronaldo, meskipun meluahkan simpati terhadap rakan senegaranya.
“Ribery berhak memenangi sesuatu atas apa dicapainya musim lalu tetapi kita tidak boleh menganggapnya satu skandal,” kata Zidane.
“Hari ini terdapat tiga kriteria untuk menang anugerah kita perlu menjelaskannya. Ia tidak sepatutnya dikaitkan dengan apa yang dilakukan seseorang pemain itu terhadap kelabnya, imejnya dan apa yang dilakukannya secara individu.
69 goals. 8 hat-tricks. 41 wins. But that was last year. #justdoit
http://t.co/LEc1FBfZlJ
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) January 14, 2014
“Bagi saya anugerah berkenaan sepatutnya dimenangi atas apa yang dilakukan pemain di padang. Franck memang menyerlah tetapi apa yang membezakannya, Cristiano menjaringkan 69 gol. Melakukannya adalah sesuatu yang luar biasa.”
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola