ROZAIMI lega selepas menjaringkan gol penyamaan.
Rozaimi Abdul Rahman muncul wira menyelamatkan maruah skuad negara apabila mengikat Singapura 1-1, semalam.
Sepakan percuma pemain kelahiran Sabah itu pada minit ke-90 memastikan misi memburu emas hatrik berterusan.Ia adalah jaringan kedua penjaring terbanyak Kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun itu selepas meledak gol pembukaan skuad negara ketika menentang Brunei dan direhatkan ketika menentang Laos.
“Agak sukar untuk memecahkan benteng pertahahan lawan kerana mereka memberikan tumpuan pada bahagian tengah.
“Mereka lebih banyak bermain di kawasan sendiri selepas menjaringkan gol,” katanya yang melakukan sepakan percuma yang cantik di luar kotak penalti.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags