Man City aibkan Fulham 4-2 perlawanan 22 December 2013

Man City aibkan Fulham 4-2 PEMAIN tengah Manchester City, Yaya Toure (tengah) bersaing dengan pertahanan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Man City 4-2 Fulham

Pemain gantian Manchester City, Jesus Navas dan James Milner masing-masing menyumbatkan satu gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Fulham selepas pelawat mensia-siakan kelebihan dua gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dibasahi hujan, awal pagi tadi.

Yaya Toure meletakkan City di depan dengan gol peribadi keempat hasil sepakan percuma dan kapten, Vincent Kompany mengambil giliran dengan jaringan pada minit akhir babak pertama.


Bagaimanapun, lima minit selepas wisel babak kedua bermula, City tergamam seketika biarpun berjaya mengasak ke gawang Fulham apabila Kieran Richardson menyempurnakan gerakan hasil serangan balas untuk mencetuskan tekanan terhadap tuan rumah.

Dalam perlawanan yang ditemani tiupan angin kencang, Fulham beroleh gol penyamaan pada minit ke-69 apabila Kompany tersilap langkah kerana menguisbola melepasi penjaga gol sendiri, Joe Hart yang baru kembali beraksi selepas digugurkan dalam perlawanan liga sejak Oktober lalu.

Bagaimanapun, Navas mengukuhkan cengkaman City pada minit ke-78 apabila sepakannya membolosi celah kaki penjaga gol, Maarten Stekelenburg.

Sementara itu, City terus merobek pertahanan Fulham lima minit kemudian apabila Milner menemui sasaran untuk menghukum Fulham dengan kekalahan kelapan daripada sembilan perlawanan. - AP

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.