Autobiografi Sir Alex Ferguson mencatatkan jualan paling laris hanya dalam masa 2 bulan



Sir Alex Ferguson dianggap idola bola sepak moden mencipta sejarah baru dalam penulisan autobiografi.

Autobiografi bekas pengurus Manchester United itu bukan saja mendapat sambutan malah mencatat sejarah 2013 walaupun baru dua bulan berada dalam pasaran. Bukunya laris terjual sebanyak 647,000 unit.

Pencapaian itu pe­nyebab mengapa Sir Alex Ferguson tersenyum lebar meraikan Krismas hari ini. Berita diterimanya? Auto­biografi Alex Ferguson ‘paling laris’ di kalangan autobiografi orang terkenal menerbitkan kisah kehidupan mereka.



Pengurus berasal dari Scotland itu menghabiskan masa selama 27 tahun di Old Trafford, menghasilkan memoir yang mendapat sambutan ha­ngat peminat serata dunia yang dilancarkan pada Oktober lalu.

Pengurus Perhubu­ngan Awam Waterstones, Jon Howells berkata: “Nampak­nya buku itu adalah salah satu autobiografi terlaris sepanjang zaman sejak rekod penjualan mula dibuat. Tiga bulan lalu, saya tidak rasa ada sesiapa menyangka penjualannya mendapat sambutan luar dugaan.


“Tahap pembacaan buku itu menjurus terhadap kualiti pengurusan dan kepimpinan yang menarik minat lebih luas.”



Malah, Ferguson turut mencetus kontroversi menerusi penjualan buku itu. Beliau begitu lantang bersuara mengkritik beberapa pemain dan musuh tradisinya. Dia membuat beberapa kenyataan membuatkan bekas kapten United, Roy Keane dan pemain popular kelab itu, David Beckham kurang selesa. Keane menganggap Ferguson masih cuba ‘campur tangan’ dalam urusan pengendalian kelab pernah dikendalikannya.

Paling ketara, tulisan­nya turut membuka semula permusuhan lama dengan musuh ketat legenda Merseyside, Liverpool. 

Ferguson tidak mengang­gap Steven Gerrard antara pemain ‘terbaik’ walaupun kapten Reds itu memiliki lebih 1oo kap bersama England.

Beliau turut menyindir gaya larian pemain Liverpool, Jordan Henderson dengan mengatakan: “Kami banyak melihatnya hinggakan Steve Bruce begitu bersemangat mengikutinya setiap kali beraksi di atas padang. 

“Kami dapati Henderson berlari menegak dengan berdiri atas lutut sedangkan pemain bola sepak moden berlari dengan menggunakan pinggul mereka. Kami rasa dia akan berdepan masalah dalam karier pada masa depan de­ngan gaya larian seperti itu.”

Biarpun begitu, kecemerlangan dipamer beliau mengurus sebuah kelab bola sepak paling dikenali serata dunia dan kini bersara dalam era membuktikan pengurus bukan lagi ‘seorang raja’ dan berkuasa membuat keputusan kerana pemilik kelab kini lebih berkuasa terhadap kelab dibeli oleh mereka. 



Apapun mengenainya, legenda England dan United, Sir Bobby Charlton yang pernah tidak sehaluan dengan Ferguson memuji kepimpinan dan disiplin tinggi dimiliki oleh Ferguson sepanjang 26 tahun bersama kelab itu: “Dia seorang pengurus fantastik dan sensasi dalam sebarang bentuk. Selaku pengarah bola sepak Manchester United, saya tidak perlu banyak berfikir dan tidak banyak membuat apa saja kerana kami sentiasa menang dan semua­nya dilakukan de­ngan pengurusan (Alex) Ferguson.” katanya.



“Alex sang­gup bangun tengah malam dan memandu sejauh 300 kilometer sekiranya dia tahu ada seorang budak sekolah yang mampu ditandatanganinya. Dia sangat meminati bola sepak dan kami semua seperti tiada kerja apabila dia berada di kelab disebabkan panda­ngan jauh dimilikinya,”.

Pengurus berusia 71 tahun itu meraih 13 gelaran liga, dua Piala Liga Juara-juara Eropah, lima Piala FA dan empat Piala Liga bersama United.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.