Safee Sali kecewa kenyataan Datuk Zolkples Embong

Sudah cukup sudah. Pelbagai kritikan dan hentaman yang dilemparkan kepada Harimau Malaya kebelakangan ini membuatkan penyerangnya, Safee Sali sudah mula hilang sabar, terutama dengan pandangan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Baginya, dalam saat sekarang apa yang dipinta adalah sokongan daripada segi moral untuk menghidupkan cabaran di pusingan kelayakan Piala Asia 2015 dengan mengejutkan Qatar di Stadium Shah Alam, esok.

Bekas pemain Pelita Jaya dan Johor Darul Takzim itu mengakui, sebagai seorang pemimpin sukan, adalah satu pertimbangan yang kurang wajar apabila kalah sahaja, melemparkan pendapat negatif serta kata-kata yang boleh meruntuhkan semangat para pemain di kem Harimau Malaya.

‘‘Siapa yang hendak kalah. Kami tidak mahukan kekalahan dan saya rasa terkilan kerana apabila kami di tahap sekarang, semakin ramai hendak menjauhkan diri daripada kami dengan pandangan yang tidak berasas.

‘‘Sudah-sudahlah mahu kritik kami, apa yang penting buat kami pada masa sekarang adalah sokongan moral daripada semua pihak, bukannya pandangan yang menjatuhkan kami lagi.

‘‘Kami baru sahaja kalah dengan Bahrain dan sudah tentu moral dalam kalangan kami tidak begitu tinggi, perlawanan dengan Qatar ini cukup penting bagi kami meraih kemenangan.

‘‘Memang nasib kami memang begini, menang sahaja ramai yang datang sekeliling kami dengan memuji macam-macam tetapi bila kalah, semua pihak hendak menjauhkan diri, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Picture
Zolkples kelmarin berkata, kekalahan 1-0 Malaysia kepada Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015, minggu lalu sudah diduga.

Katanya, beliau dari awal lagi tidak meletakkan harapan terlalu tinggi buat Harimau Malaya melakukan sesuatu tambahan beraksi di tempat lawan serta lawan seperti Bahrain.

Begitupun, Zolkples melihat masih ada perkembangan positif dalam skuad kebangsaan dengan nasib tidak bersama Harimau Malaya untuk menjaringkan gol, selain turut melakukan beberapa percubaan berbahaya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.