Rozaimi Kekalkan ‘Fitness’, Latihan Kendiri Sebagai Persedian Untuk Kembali Beraksi

Picture
Rozaimi Kekalkan ‘Fitness’, Latihan Kendiri Sebagai Persedian Untuk Kembali Beraksi

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Bekas penyerang berbisa kebangsaan, Rozaimi Abd Rahman semalam telah memuatnaik satu video di laman rasmi Facebook miliknya.


Hantaran yang dikongsikan Rozaimi memperlihatkan dirinya sedang berada di gimnasium dengan caption “Prepare”.


Video yang berdurasi 3.26 minit itu dilihat sebagai latihan kendiri buat Rozaimi. Senaman-senaman yang dilakukan Rozaimi semestinya untuk memastikan fitness dirinya berada pada tahap yang terbaik.

Anak jati Sabah itu sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya bakal menghadiri sesi pemilihan pemain untuk menyertai skuad Sabah FC musim 2022 pada November ini. Menurut Rozaimi, beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk terpilih, hanya mencuba nasib dalam sesi pemilihan kelak.



Bekas pemain Johor Darul Ta’zim, Selangor, Kedah dan Sabah ini turut mengakui kerinduannya untuk kembali beraksi. Jika dilihat hantaran-hantarannya di Facebook, beliau kembali memaparkan gambar-gambar lamanya bersama bekas pasukannya.


Rata-rata peminat bola sepak tempatan terutamanya penyokong Sabah FC gembira dengan perkembangan semasa pemain itu dan turut memberikan kata-kata semangat buat Rozaimi untuk berusaha mendapatkan tempat ke dalam skuad pada musim depan.

SOURCE: makanbola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.