Liga Perdana Malaysia tiada nilai?

Picture
Penulisan Zuraimi Zukri rentetan nilai kemenangan N.Sembilan menjuarai Liga Perdana Malaysia 2021

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Hadiah kemenangan adalah gabungan pendapatan hak penyiaran dan penajaan yang kemudiaannya dibahagi kepada rakan kongsi.

EPL merupakan liga paling bernilai di dunia. Juara akan meraih £38 juta dan setiap pasukan dibawah akan mendapat kurang £2 juta berbanding pasukan diatasnya.

Pada pertengahan minggu ini, Piala Carabao berlangsung. Dari sudut kewangan pertandingan ini tidak memberi impak besar kepada pasukan.

Juara hanya meraih £100 ribu.


Pasukan besar tidak terlalu kisah dengan hadiah wang dan lebih memberi fokus kepada pertandingan liga yang berlangsung pada hujung minggu.

Man City merupakan juara 6 kali dari 8 edisi lepas dan perlu menang 14 kali bagi menyamai juara 1 pertandingan tenis wanita.

Bagi pertandingan Piala FA, juara akan meraih wang tunai £1.8 juta. Namun Piala FA menawarkan tempat ke pertandingan eropah yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada kelab.

Pertandingan yang paling memberi kesan signifikan kepada kelab adalah Liga Juara Eropah.

Chelsea telah meraih £56 juta selepas menjuarai pertandingan ini pada musim lepas. Kelab akan meraih £2.7 juta dalam setiap kemenangan yang dicatat. Jauh lebih besar dari juara Piala Carabao.


Untuk melihat berapa pentingnya wang hadiah dari Liga Juara -Man Utd telah mengurangkan gaji tahunannya sebanyak £48 juta ketika mereka tidak layak ke pertandingan itu.

Untuk melihat betapa pentingnya setiap perlawnan EPL, Everton pernah kehilangan £8 juta pada perlawanan terakhirnya.

Pada musim lepas mereka berpotensi untuk menamatkan liga di tangga ke-6 namun jatuh ke tangga ke-10 selepas dibelasah 0-5 di tangan Man Utd.

Edisi pertama EPL 1992-93, mereka hanya menjana pendapatan sebanyak £38 juta untuk dibahagikan kepada 20 rakan kongsi. Selepas 3 dekad EPL telah mencapai tahap maksima iaitu £2.5 bilion.

Namun dalam perjanjian baharu, jumlah itu bakal menurun 10% berbanding perjanjian terakhir yang dilakukan pada tahun 2016.

Jumlah hadiah juara di 4 liga utama:
  • £38 juta (EPL)
  • £34 juta (La Liga)
  • £20 juta (Serie A)
  • £14 juta (Ligue 1)

Jumlah hadiah wang Liga Juara (£56 juta). Bagi Piala FA (£1.8 juta) dan Piala Carabao (£100 ribu).

Jika jumlah hadiah wang tunai tersebut menjadi penanda aras nilai kepada satu-satu pertandingan itu, Dengan hadiah RM1 juta bagi Juara Liga Super, berapakah nilai Liga Super?

Bagi N.Sembilan di Liga Perdana, mereka perlu menang 2x untuk menandingi Juara Maharaja Lawak Mega.


Bermakna rancangan itu lebih bernilai kerana mampu 'menjual' produknya dan menarik penajaan untuk dibahagikan kepada pesertanya.

Sehingga semalam Liga Perdana Malaysia yang dimenangi N.Sembilan hampir tiada nilai.

SOURCE: Penulisan Zuraimi Zukri

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.