Jika anda bayar Kacang, anda dapat Monyet! - Lim Teong Kim

Kickbola.net Ramai the so called 'peminat bola sepak Malaysia' tak faham isu Lim Teong Kim. Memasing menganjingkan FAM.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Teong Kim tekad pulang ke Munich selepas kontrak berakhir, “Saya bukan monyet”

Teong Kim akan kembali ke Munich sebaik sahaja kontraknya berakhir pada 31 Oktober ini.

Ini situasi sebenar. Gaji Lim Teong Kim dibayar MSN, bukannya FAM. MSN dapat peruntukan dari Kementerian Belia dan Sukan. Dalam erti kata lain, gaji LTK dibayar kerajaan.

LTK mengendalikan National Football Development Project (NFDP), projek yang disokong kuat oleh Khairi Jamaluddin sewaktu menjadi menteri KBS. NFDP tidak ada kena mengena dengan FAM.

Isu timbul apabila pasukan bawah 16 tahun kendalian LTK gagal melayakkan diri ke piala dunia U16 di Peru. Syed Saddiq persoalkan gaji LTK berjumlah RM 170,000 sebulan serta menyalahkan LTK di atas kegagalan skuad Malaysia U16.

Dari sini bermula krisis dengan LTK 'direhatkan' dan Syed Saddiq menyatakan akan menyemak semula tangga gaji LTK. Perang mulut berlaku antara KJ dengan Syed Saddiq.


FAM terkait dengan isu ini apabila Dato Hamidin jadi presiden FAM, dia mahukan NFDP diletakkan di bawah penyeliaan FAM dan bukan MSN. Tapi LTK masih lagi berkhidmat dengan MSN bererti sebarang keputusan dibuat berkaitan LTK tidak ada kena mengena dengan FAM.

MSN yang membuat keputusan dan ia bergantung pada KBS samada bersetuju untuk memperuntukkan gaji LTK. Siapa Menteri KBS? Syed Saddiq!

Jadi kenapa takda siapa salahkan Syed Saddiq sedangkan kita boleh nampak ada perselisihan politik dalam isu ini antara Syed Saddiq dengan KJ.


Tu sebab LTK marah dan tuduh ramai orang dalam industry bola sepak ada agenda lain dan bukannya membantu membangunkan bola sepak negara.

http://beritaup2date.blogspot.com/ “HABIS saja kontrak, saya akan pulang ke Munich,” - Lim Teong Kim.
Kontrak Teong Kim,55, sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bakal berakhir pada 31 Oktober ini.

Bekas pengendali akademi remaja Bayern Munich itu dilantik mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) pada Ogos 2013.

“Saya akan pulang ke Munich selepas kontrak berakhir seperti yang saya beritahu kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan) ketika berjumpa dengannya tahun lepas.

“Walaupun hanya lima tahun saya bersama NFDP, anda semua boleh lihat apa yang dicapai.

“Sebelum ini FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) menerusi Datuk Seri Subahan Kamal ada beritahu setiap program pembangunan memerlukan masa 10 tahun untuk melihat hasilnya. Ketika itu dia juga cakap kita gagal dan habiskan banyak duit.


"Tetapi sebenarnya program ini baharu sahaja lima tahun dan kini kita berada di landasan yang betul,” ujarnya.


Teong Kim berpuas hati peningkatan pemain-pemain mudanya.

Jelas Teong Kim, sepanjang tempoh lima tahun bersama NFDP, ia bukan berkaitan dengan kepuasan semata-mata.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk membantu perubahan dan kejayaan bola sepak negara, tetapi orang Malaysia ini tidak faham apa itu pembangunan. Jadi apa boleh saya buat lagi?.

“Apa yang pasti saya sangat gembira dengan semua jurulatih NFDP kerana menunjukkan perubahan positif dengan ilmu yang dikongsi.

“Perlu diingat apa yang penting dalam program ini adalah jurulatih,” ujarnya.

Ditanya jika ada tawaran untuk menguruskan pasukan atau kelab di negara ini, Teong Kim berkata ia mungkin tidak akan berlaku.

“Mereka kata gaji saya terlalu tinggi.

“If your pay peanut, you get monkeys”.

“Dan saya bukan monyet,” ujarnya ringkas.

Mengenai siapa calon yang bakal menggantinya selepas ini, Teong Kim tidak mengharapkan apa-apa.


“Mereka datang dengan cara tersendiri. Dan dari situ nanti kita boleh lihat perbezaan kepakaran dan pengalaman mereka,” tambahnya.


Sementara itu, Teong Kim juga turut berkongsi gembira dengan kejayaan pasukan Bawah 15 Tahun yang dinobatkan juara Piala AFF pada Jumaat.

“Keperluan kita pada kejohanan ini adalah mara ke separuh akhir, tetapi apabila menang pada saingan separuh akhir, ia cukup bagus dan seterusnya jadi juara.


“Perlu kita ingat fokus utama kita bukan hanya di peringkat ini, tetapi adalah layak ke Kejohanan Piala Dunia Remaja.

“Kita perlu menetapkan sasaran paling tinggi untuk dicapai.

“Mereka inilah yang akan membawa misi itu,” katanya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.