PRA MUSIM SABAH FA : SKUAD SABAH RHINOS DI YUNNAN CHINA

PRA MUSIM : SABAH RHINOS AKAN KE CHINA

SEBAGAI persiapan menghadapi Liga Malaysia musim 2015, Sabah dijangka akan terbang ke Yunnan, China untuk menyertai satu kejohanan pendek yang disertai pasukan-pasukan daripada sekitar Asia Tenggara.

K
etua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Rhinos, Datuk Seri TC Goh, berkata beliau kini sedang berunding dengan pihak penganjur kejohanan berkenaan untuk membawa pasukan menyertai pertandingan yang bermula 5 hingga 10 Disember depan itu.


“Dengan kejohanan itu, kita berpeluang beraksi dengan pasukan daripada China, Thailand, Vietnam, Laos, dan Myanmar…ini satu peluang baik untuk pendedahan para pemain.


“Saya harap para pemain akan mengambil peluang dengan kejohanan ini kerana kita mahu pemain bersatu sebagai satu pasukan sebelum musim bermula tahun depan,” katanya.

Goh berkata, beliau juga telah berhubung sendiri dengan pihak penganjur dan mendapat reaksi positif.

“Saya telah berhubungan dengan pihak penganjur dan mereka juga gembira dengan profil bola sepak kita…saya boleh katakan peluang kita untuk menyertai kejohanan itu semakin hampir,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, selain China pasukan Sabah juga akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur dan pasukan Sarawak di Kuching.


Beliau turut mengesahkan pasukan Sarawak juga akan turun ke Kota Kinabalu untuk perlawanan persahabatan di Stadium Likas, 30 November depan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.