|
Nak berjaya memang tak senang. Paling penting ialah usaha dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Semoga FAM cepat ikat pemain ini wakili Harimau Malaya.| Penulis: Gary Lugard di Semuanyabola.com |
Ejen Dedahkan Kobe Chong Bekerja Di Pasar Raya Sebelum Sertai Sesi Ujian Peterborough
Kobe Jae Chong dianggap sebagai salah seorang pemain kacukan berdarah Malaysia yang berpotensi menyarung jersi skuad kebangsaan Harimau Malaya pada masa akan datang. Terbaru, pemain itu telah menandatangani kontrak dengan kelab EFL Championship, Peterborough United FC.
Latar belakang pemain tengah berusia 20 tahun itu yang turut pernah bersama Cagliari di Itali sebelum ini cukup untuk meyakinkan pengurus pasukan, Kieran Scarff untuk menyerapkan pemain itu ke dalam skuad B-23 Peterborough selepas menjalani sesi ujian bakat singkat bersama pasukan itu.
Happy to have signed my first professional contract at @theposh 💙
— KJC 🇲🇾 (@KobeJae10) August 25, 2021
Put in loads of hard work to get here and I’m not stopping now! pic.twitter.com/DnUCxnkeAw
Malah Kobe turut cemerlang sepanjang pra musim, apabila menjaringkan dua gol ketika Peteborough menewaskan Spalding 3-2 dalam perlawanan persahabatan pada awal bulan ini.
“Beliau beraksi di Itali pada usia 15 sehingga 17 tahun, dan mempunyai latar belakang menarik. Kami melihat beliau memiliki potensi yang diperlukan maka kami mengikuti beliau sejak setahun lalu. Ia adalah satu lagi kerja pemantauan dan pengambilan pemain yang berjaya,” kata Scarff kepada media kelab itu.
“Kobe adalah pemain tengah yang boleh mara ke hadapan dan menghasilkan jaringan, dan beliau adalah seorang pemain yang kami gemari dan terus bantu untuk berkembang.”
Pernah bekerja di pasaraya
Mungkin ramai yang bertanggapan laluan pemain seperti Kobe Chong untuk mendapat tempat bersama sebuah kelab profesional adalah mudah kerana sememangnya berpengkalan di Eropah. Hakikatnya, ia tidak semudah yang disangka.Ejen pemain itu sendiri mendedahkan sebelum mendapat panggilan dari Peteborough untuks sesi ujian, pemain itu pernah bekerja di salah sebuah rangkaian pasaraya Asda.
Antara tugas Kobe adalah untuk menyusun produk jualan di rak jualan bermula 10am sehingga shif beliau tamat pada jam 6pm.There was nothing glamorous about it. Just insane levels of self motivation and resilience.
— Rock Sports Management (@RockSportsMgt) August 25, 2021
1 week before his trial at @theposh, @KobeJae10 handed in his notice to quit working nights @asda. No more stacking shelves from 10pm to 6am.
He knew how good he’d become. We both knew pic.twitter.com/1ZsmTDPjr4
Ia bukan satu pekerjaan yang glamour seperti bola sepak. Tetapi ia juga bukti kerja keras yang dilakukan Kobe Chong selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila dipanggil menyertai ujian bersama skuad B-23 Peteborough dan diberikan kontrak bersama kelab EFL tersebut.
Kobe Chong miliki platform untuk berjaya
Kobe dikhabarkan telah diberi jersi No.36 oleh kelab beliau. Walaupun kini bersama skuad B-23, Kobe Chong berpeluang membarisi skuad utama The Posh sekiranya berjaya menghasilkan prestasi meyakinkan sekaligus beraksi di EFL – divisyen kedua Liga Inggeris.Di England, skuad Peterbrough B-23 beraksi di dalam Profesional Development League. Kobe Jae Chong adalah pemain berdarah kacukan Malaysia dan Jamaica dan turut pernah melakukan pertemuan dengan wakil dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini yang berlangsung di England.
Kobe Jae Chong will wear #36 for Peterborough United. https://t.co/rd67FGEqMB
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) August 26, 2021
Sudah tentu kita berharap FAM mampu melengkapkan pendaftaran Kobe Chong untuk melayakkan beliau beraksi bersama pasukan negara pada masa depan.
Obsesbola: Percaya dengan kemampuan serta kerja keras nyata membuahkan hasil untuk Kobe! 💪🏻