Malaysia Menjuarai Kejohanan AFF U15 2019

Picture
Malaysia menjuarai Kejohanan AFF U15 2019! TAHNIAH! .

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Video: Malaysia U15 3-1 Vietnam U15 #AFFChampionship

Malaysia berjaya menewaskan pasukan Thailand di Institut Pendidikan Jasmani Kampus Chonburi 1-2 sekaligus menjuarai Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun.

Sebelum ini kedua-dua pasukan bertemu sesama sendiri dalam kumpulan B dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.


Sebelum ini juga skuad muda negara beraksi cemerlang dalam kejohanan ini selepas berjaya membenam pasukan kuat seperti Australia di peringkat kumpulan dan Vietnam di separuh akhir.


Pada babak separuh masa pertama pasukan tuan rumah berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan Sitta Bunla pada minit ke-16.


Pada minit ke-68 Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan deras Muhammad Isin ke gawang Thailand.


Asakan bertali arus Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Nabil Kaiyan berjaya menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut pada mini-minit terakhir perlawanan.


Keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada skuad muda negara.


Lihat highlight perlawanan Thailand 1-2 Malaysia


Gambar FA Thailand / FA Malaysia

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.