Johor Darul Takzim sambar Julian Johan Bechler

Kickbola.net Fasiliti Bertaraf Antarabangsa Sebab Utama Ibu Julian Johan Bechler Pilih JDT.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Julian disambar JDTIII

Julian Johan Bechler, nama yang secara tiba-tiba menjadi tular ketika ini selepas berjaya disambar Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dijangkakan akan mula beraksi bersama JDT III pada Jun depan.

Pemain berusia 17 tahun itu merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Jerman yang kini menetap di Frankfurt dan ketika ini sedang beraksi bersama skuad B-19 kelab Tus Hornau.


Ibu Julian, Datuk Nooraini Anne Bechler adalah rakyat Malaysia dan ini melayakkannya pemain yang beraksi di posisi penjaga gol itu secara automatik untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.


Menariknya, kelihatan ibunya turut sama-sama menyertai ‘perang’ di kalangan para pembaca di ruangan komen posting berkenaan.

Menurut Nooraini, berdasarkan pengalamannya sepanjang merantau di luar negara, JDT adalah sebuah kelab bertaraf antarabangsa di mana fasilitinya setaraf ataupun lebih baik berbanding akademi-akademi di Eropah mahupun Amerika.

“Julian pernah berlatih dan bermain di Queens Park Rangers (QPR), Eintracht Frankfurt, Sunderland dan banyak lagi kelab, tetapi JDT menyediakan fasiliti yang jauh lebih baik.

“Sebagai rakyat Malaysia yang sudah lebih 20 tahun duduk di luar negara, saya sangat berbangga dan percaya, Julian berada di bawah satu kelab yang mampu membawa bola sepak Malaysia ke taraf yang lebih tinggi di mata dunia,” jelas Nooraini.

Selain itu, Nooraini dilihat turut berkongsi beberapa fakta menarik mengenai anaknya itu antaranya, Julian telah dibesarkan di tiga buah negara iaitu Iran, Dubai dan Jerman. Selain itu, setiap tahun, mereka sekeluarga akan pulang meluangkan masa di Malaysia.

“5 dari 47 sepupu Julian adalah anak Johor. 40 orang lagi adalah campuran Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. 2 lagi orang Jerman,” tambah Nooraini lagi dalam komentarnya.

Di akhir komentarnya, Nooraini memohon supaya rakyat Malaysia terutamanya agar dapat menerima dan memberi peluang buat Julian serta turut sama memberi sokongan kepadanya.


Julian pernah menyertai latihan skuad B-19 negara di bawah kendalian Bojan Hodak tahun lalu, namun tidak dapat bermain akibat masih tidak memiliki kad pengenalan Malaysia.

Urusan dokumentasi dan lain-lain urusan dijangka akan selesai sebelum Julian dibenarkan beraksi bersama JDT III pada Jun depan.

“Sebagai orang Malaysia, saya sangat bangga bila anak saya bercadang untuk duduk di Malaysia.

“Bukan senang saya hendak melepaskannya duduk seorang di sana,” ujarnya sebelum menutup bicara.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.