Reaksi Mohamed Salah tidak mahu dicium Wartawan Wanita

Kickbola.net Peminat bintang Liverpool itu, tersalah anggap situasi berkenaan memuat naik video itu di Twitter agar ia terus diingati selama-lamanya. .
Salah sangka wartawan wanita nak cium... [VIDEO]

MOHAMED Salah gembira dengan kehidupan berkeluarga dan jelas sekali dia tidak mahu dicium oleh mana-mana wartawan, tidak kiralah jika mereka berniat baik sekalipun.

Selepas Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada final Liga Juara-Juara (UCL), Salah mendapat banyak perhatian terutamanya pihak media yang membuat temu ramah spontan di atas padang.

Pemain Mesir itu dirakam cuba mengelak detik seorang wartawan wanita yang membongkok diri menghampirinya dalam temu ramah itu.


Dengan suasana bising dan penyokong bersorak membuatkan suasana bingit, hasrat wartawan terbabit adalah mahu bertanya tetapi Salah menyangka dia cuba menciumnya.

Peminat bintang Liverpool itu, tersalah anggap situasi berkenaan memuat naik video itu di Twitter agar ia terus diingati selama-lamanya.


“Dia seperti berkata "isteri saya ada di sini,"' kata seorang pengguna media sosial manakala seorang lagi menulis 'anda tidak boleh menyentuh Raja Mesir (Egyptian King) sesuka hati.”


Salah yang mendirikan rumahtangga dengan Maggi pada 2013, mempunyai seorang anak perempuan, Makka yang dilahirkan pada 2014.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.