Liverpool FC kembali ke Malaysia!

Kickbola.net Liverpool FC kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Liverpool kembali beraksi di Malaysia 24 Julai

Kali terakhir Kelab Bola Sepak Liverpool datang ke Malaysia adalah pada tahun 2011 ketika pre-season tour kelab mereka di mana lebih daripada 80,000 peminat mereka hadir.

Tahun ini, Liverpool akan kembali ke tanah air untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak Malaysia iaitu Malaysia XI di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Julai 2015.

Ketua Eksekutif Liverpool, Ian Ayre memberitahu bahawa kali ini mereka akan dapat memberi peluang kepada penyokong-penyokong di Malaysia untuk melihat pasukan tersebut secara lebih dekat walaupun mereka tinggal berjauhan dari Anfield.

Baddrol
KETUA Pegawai Eksekutif ProEvents Group, Julian Kam (kiri); Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin (dua, kiri); Pemain Legenda Liverpool FC, Ian Rush (tiga, kiri); Pengarah Komersial Liverpool FC, Olly Dale (tiga, kanan); Pengarah Urusan Antarabangsa ProEvents, San Boon Wah (dua, kanan); dan Jurulatih Bolasepak Kebangsaan, Dollah Salleh (kanan) menunjukkan jersi Liverpool ketika sidang media Liverpool FC Kembali ke Malaysia di sini hari ini. - Foto Sairien Nafis.
“Pra-musim ini adalah sangat penting untuk pasukan kami kerana mereka kini sedang bersedia untuk musim yang akan datang. Manakala, perlawanan dengan Malaysia XI ini merupakan perlawanan menarik yang boleh menyumbang untuk persediaan kami.


Ketua Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Haji Mohd Amin berkata, dia amat berbangga kerana dapat menjadi tuan rumah Liverpool FC sekali lagi.

Baddrol
Liverpool FC lawat Malaysia pada tahun 2011.
“Perlawanan di antara Malaysia XI dengan Liverpool akan menjadi satu pengalaman yang susah untuk dilupai oleh para peminat.”

Selain daripada perlawanan persahabatan ini, semua orang dalam Yayasan Liverpool FC termasuk kakitangan dan jurulatih dikatakan akan "menjalankan kerja-kerja untuk masyarakat" sepanjang lawatan tersebut, dan mereka juga akan mengambil bahagian dalam acara-acara bersama dengan penyokong-peyokong dari kelab rasmi.


Liverpool FC juga akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan kelab A-League dari Australia di mana ia juga sebahagian daripada jelajah pra-musim mereka sebelum mereka datang ke Malaysia.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.