Ulasan Liga Premier 2015 Sabah FA vs Kuantan FA 14 Mac 2015

Kickbola.net Ulasan Liga Premier 2015 Sabah FA vs Kuantan FA 14 Mac 2015 | Ulasan Pritchard Sebastian Gumbaris | Photo by Mino Ersyah Arshad, Rozlee Idris
Liga Premier 2015. Keputusan akhir perlawanan, Sabah (2-0) Pahang Kuantan FA.

DIOUF MANIA!!!!

Suasana semalam masi seperti malam kita kalahkan KL SPA, seperti kita belum berganjak dari stadium walaupun seminggu telah berlalu, begitulah suasana stadium Likas, perbezaannya 10 ribu penonton dan perarakan Corteo oleh kelab penyokong masing- masing.

  Sabah Line Up:
- Fazli
Alto Rosdin Rawilson Julamri
Zuriendy Azizan Shafuan Leo
Diouf(c)
Zayed


Kronologi match highlight


4mins
Zayed terlepas peluang menjaringkan gol pertama apabila beliau agak lambat menyambar grounder crossing dari sebelah kanan lawan


8mins
Diouf berjaya mendapat tendakan penalti apabila beliau dijatuhkan betul-betul di garisan kotak penalti sebelah kanan lawan


10mins
Miss penalti!! Sepakan Diouf yang lemah berjaya ditepis oleh penjaga gol disebelah bawah penjuru kiri gawang lawan


12mins
Kuantan FA membuat percubaan pertama dari luar kotak namun rembatan jauh tersasar di atas palang


13mins
Kad Kuning!! Rosdin membuat terjahan yang keras di kawasan tengah Sabah


14mins- 16mins
Sabah membuat serangan bertubi-tubi namun pemain-pemain KFA bekerja keras mengawal kawasan mereka


18mins
KFA membuat rembatan dari luar kotak Sabah namun bola terus ke kawasan penonton


21mins
Diouf menunjukkan skill yang cukup berkelas dunia dengan sepakan leret kepada Zuriendy namun sepakan lintang beliau berjaya ditepis keluar


22mins
Diouf membuat tandukan hasil daripada sepakan sudut namun bola terus ke dakapan penjaga gol


23mins
KFA berjaya mendapat sepakan percuma diluar kotak namun sepakan jauh tersasar



26mins
Zureindy yang banyak terlibat dalam serangan-serangan Sabab berjaya meloloskan diri kawalan dan membuat sepakan leret lintang namun gagal mencari kaki Zayed atau Zayed yang terlalu lambat bertindak


28mins
Sekali lagi Diouf mendapat peluang dari sepakan sudut namun tandukan beliau kali tersasar sedikit dari gawang lawan




29mins
GOOOOOOOOOOLLLLL!
Sabah 1-0 Kuantan FA
Leo bertindak cemerlang dengan menbawa bola dari kawasan kiri lawan, meloloskan diri dari kawalan dua pihak lawan sebelum membuat sepakan lintang yang betul-betul ke kaki Zayed, beliau sempat mengacah ke sebelah kanan sebelum membuat rembatan leret masuk gawang disebelah kiri.



Ternyata gol beliau semasa menentang KL SPA memberi suntikan semangat baru kepada pemain berbangsa Irish ini

32mins
KFA hampir menyamakan kedudukan apabila tandukan pemain KFA hasil daripada sepakan lintang dari sebelah kiri kawsan Sabah tersasar sedikit dari gawang disebelah kanan Fazli



33mins
Zayed hampir menjaringkan gol dua beliau apabila beliau menerima hantaran lintang yang cukup cantik dari sebelah kanan lawan namun rembatan Zayed berjaya ditepis oleh pemain pertahanan KFA



36mins
Sekali lagi Zayed mendapat bola lambung dari kawasan tengah lawan, beliau mendada sebelum membuat pusing 360 darjah dan melepaskan rembatan namun bola tersasar beberapa inci dari gawang lawan disebelah kanan



45mins
Leo yang beraksi dengan cemerlang berjaya melolos kan diri dari kawalan pemain KFA disebelah kawasan kiri, beliau berjaya masuk ke kawasan kotak lawan sebelum membuat rembatan kencang namun penjaga gol KFA telah menutup ruang dan berjaya menepis bola keluar untuk tendakan sudut kepada Sabah


45+1mins
KFA mendapat peluang dengan sepakan percuma yang cukup cantik masuk ke kawasan penalti Sabah namun tiada KFA yang berjaya menyentuh bola


Masa Pertama
Sabah 1 - 0 Kuantan FA


52mins
Diouf berjaya membuat hantaran yang cukup baik kepada Zayed namun Zayed yang hanya berhadapan dengan penjaga gol gagal membuat jaringan
Beberapa kali Sabah membuat hantaran silang dari sebelah kiri pihak lawan namun gagal mencari pemain kita


54mins
KFA membuat rembatan kencang dari kawasan tengah Sabah namun Fazli suda bersedia mengawal keadaan dengan tangkapan bersih


57mins
Zuriendy membuat larian dari tengah padang ke kawasan kotak lawan, beliau berjaya meloloskan diri dari kawalan sekurang-kurangnya 4 pemain sebelum beliau membuat hantaran leret kepada Leo. Permaian Zureindy semakim mantap.


59mins
GOOOOOOOOOLLLLL!!!
Sabah 2 - 0 Kuantan FA



Sekali lagi Zayed berjaya menjaringkan gol dengan simple tap in di sebelah kiri gawang lawan hasil daripada permainan 1-2 yang cantik Diouf dan Leo disebelah kiri kawasan lawan, Leo yang mendapat hantaran kembali dari Diouf membawa bola masuk ke dalam kotak sebelah kiri sebelum melorongkan bola kepada Zayed



66mins
Pertukaran pertama Sabah
Izuan masuk
Leopold keluar


69mins
KFA membuat hantaran lintang merbahaya dari sebelah kawasan kiri namun bola terkena palang sebelah kanan sebelum melantun keluar permaian



70mins
Hantaran lintang dari kawasan kiri lawan oleh Diouf namun tanduakan Zayed tersasar sedikit disebelah kanan gawang



71mins
Pertukaran Sabah
Ezaidy masuk
Shafuan keluar


72mins
Kad kuning!!! Azizan membuat two footed tackle di kawasan lawan, sebenarnya tidak perlu memandangkan bola bukan dikawasan bahaya


80mins
Pertukaran Sabah yang terakhir



Zayed keluar
Shafiq masuk
Zayed kelihatan tidak senang hati dikeluarkan mungkin beliau yakin beliau dapat menjaringkan hattrick untuk Sabah




81mins
KFA berjaya membuat rembatan betul di kawasan garisan kotak apabila beliau berjaya melepaskan diri daripada kawalan dua pemain Sabah namun rembatan beliau terus ke dakapan fazli


82mins
Kad Kuning!!!!!! Julamri diberi amaran sebab membuang masa


85mins
Kad Kuning!!!!!! Alto diberi amaran keras atas kesalahan tackle di tengah kawasan Sabah


87mins
KFA mendapat sepakan percuma diluar kotak namun placing shot yang dilakukan berjaya ditangkap bersih oleh Fazli


89mins
Hantaran silang yang cantik oleh Ezaidy di sebelah kiri lawan gagal mencari penyudah


90+2mins
One touch football antara pemain-pemain Sabah berjaya mencari Zuriendy namun rembatan beliau tersasar apabila berjaya ditepis oleh pihak lawan


Keputusana Muktamad
Sabah 2 - 0 Kuantan FA



Kemenangan kita semalam berjaya melonjakkan kedudukan Sabah ke tangga yang teratas. Diharapkan Sabah dapat mengekalkan momentum kemenangan.


Sesuatu yang membuka mata saya pada suasana stadium dan perlawanan semalam ialah sikap Zayed selepas dikeluarkan, banner yang mengatakan " Justice4Andre, Safa we know what happened, we want Andre" dan gabungan kelab penyokong bersama-sama menyorak dan chanting bersama.
Summary Sedikit, yang lain kamu tambah!



Pemain2 Sabah lebih confident dengan bola, cara permainan yang teratur dan kita banyak bergantung dengan Diouf sebab hampir 80% game Sabah tertumpu kepada pemain bekas Leeds United ini.


Harap2 kronolgi perlawanan ni dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang tidak sempat datang ke stadium


Terima Kasih


Hasil Penulisan Pritchard Sebastian Gumbaris. Tqvm, brother :
)

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.