5 Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi

Kickbola.net Antara 5 Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi
5 Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi

Jika sebelum ini kita hanya mendengar pemain-pemain bola sepak di liga luar negara seperti Liga Perdana Inggeris, La Lagi, Bundesliga dan banyak lagi menerima gaji yang lumayan sehingga ratusan ribu seminggu.

Namun, kini liga bola sepak tempatan Liga Malaysia antaranya Liga Super dan Liga Perdana turut mengikut jejak langkah liga-liga di luar negara apabila ramai pemain bola sepak tempatan kini mempunyai gaji yang tinggi sehingga ratusan ribu sebulan.


Berikutan adalah pemain bola sepak tempatan yang mendapat gaji tinggi. (Sila ambil perhatian bahawa ia adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain, bukan jumlah sebenar).

Safee Sali, JDT FC (RM120,000)


Safee Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia.

Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470.

Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.

Amri Yahya, JDT FC (RM85,000)


Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol.

Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan.

Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darut Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.

Norshahrul Idlan Talaha, ATM FC (RM80,000)


Pemain kelahiran Besut, Terengganu ini merupakan seorang penyerang kebangsaan yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan FA dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010.

Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan.

Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Dia kini bakal beraksi dengan pasukan baru iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM FC).

Indra Putra Mahayuddin, Felda United FC (RM75,000)


Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh.

Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.

Baddrol Bakhtiar, Kedah FA (RM65,000)


Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan 'senior' Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan.

Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.