Johor Darul Takzim sahkan sedang buru Fernando Torres untuk musim 2016


Johor sahkan sedang buru Torres untuk musim 2016

Tunku Mahkota Johor dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Iskandar hari ini mengesahkan ia berusaha mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres bagi musim 2016.

Tunku Ismail berkata demikian kepada laman sosial rasmi JDT hari ini mengenai spekulasi tentang niat pasukan Harimau Selatan itu untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Sepanyol.



"Baginda bertitah bahawa resolusinya pada tahun 2015 adalah untuk mengekalkan kejuaran Liga Super Malaysia 2015 dan juga menandatangani Fernando Torres untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim pada musim 2016," menurut laman sosial itu.



Torres merupakan bekas penyerang pasukan Liga Perdana Imggeris, Chelsea sejak beberapa musim lepas sebelum dipinjamkan kepada kelab Serie A, AC Milan pada musim ini musim ini untuk tempoh dua tahun.

Sementara itu, laman sosial pasukan Harimau Selatan juga melaporkan pemain kebangsaan, Mohamad Fadhli Shas telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya dengan juara Liga Super selama tiga tahun lagi.



Di dalam satu lagi kenyataan oleh laman sosial rasmi JDT, Mohamad Fadhli berkata, beliau tidak nampak bermain dengan pasukan lain selain dengan Harimau Selatan.

"Dengan sistem pengurusan yang profesional, kemudahan fasiliti yang terbaik dan juga penyokong yang setia, saya tidak nampak diri saya mewakili pasukan lain."



"Insya Allah saya akan terus berada bersama pasukan JDT untuk membantu mencapai matlamat, misi dan visi pada tahun-tahun akan datang demi Johor," menurut pemain berusia 23 tahun itu.

Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan yang berjaya membawa balik pingat emas bolasepak Sukan Sea itu mula menyarung jersi JDT mulai musim ini.



Beliau mengikut jejak pemain Harimau Muda, Irfan Fazail dan penjaga gol, Izham Tarmizi yang berhijrah ke selatan tanahair selepas perkhidmatan mereka dengan skuad Datuk Ong Kim Swee tamat. -- Malaysia Gazette

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.