Man United menang bergaya tundukkan Real Madrid 3-1


Man United tundukkan Real Madrid 3-1

ANN ARBOR (Michigan): Asley Young meledak dua jaringan pada separuh masa pertama untuk membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Real Madrid di hadapan jumlah terbesar penonton dalam aksi bola sepak di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

United kekal rekod tanpa kalahnya dalam Kejohanan Piala Juara Antarabangsa tahun ini, dan kemenangan itu membawa United ke final menerusi kendalian pengurus baharunya, Louis van Gaal.
Javier Hernandez pula meledak gol ketiga pada separuh masa kedua.







Jumlah penonton yang dicatat di Stadium Michigan itu ialah 109,318, mengatasi rekod sebelum ini iaitu 101,799, di Rose Bowl bagi aksi final Sukan Olimpik pada 1984.











Gareth Bale pula menjaringkan gol untuk Real Madrid, namun juara Eropah itu gagal mencatat kemenangan untuk tiga perlawanan dalam kejohanan itu.



Cristiano Ronaldo, yang menjadi Pemain Terbaik Dunia tahun ini hanya beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. - AP

International Champions Cup #ICC

FT
Liverpool 2 - 0 AC Milan
- Joe Allen, Suso

Manchester United 3 - 1 Real Madrid
- Young, Young, Hernandez
- Bale

**Liverpool akan bertemu Man Utd di perlawanan akhir. 



 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.