PRESIDEN URUGUAY GELAR FIFA SEBAGAI "SEKUMPULAN ANAK H*R*M TUA" KERANA GANTUNG LUIS SUAREZ 4 BULAN MENYEBABKAN PASUKAN URUGUAY TEWAS PADA COLOMBIA PADA SAINGAN KALAH MATI PIALA FIFA 2014.
PRESIDEN Uruguay, Jose Mujica menggelar Fifa sebagai 'sekumpulan anak haram tua' dalam serangan terhadap badan bola sepak dunia itu yang menghukum penyerang negara tersebut, Luis Suarez.
Mujica, 79, menggelar Fifa sedemikian selepas ditanya pemberita mengenai nasib Uruguay yang tewas kepada Colombia pada saingan kalah mati.
Sejurus berkata demikian, kumpulan wartawan bertanya kepada Mujica adakah ingin menarik semula kenyataan itu.
Bagaimanapun, dengan ringkas Mujica menjawab, "Siarkannya."
Reaksi wajahnya kelihatan marah ketika mengeluarkan kenyataan tersebut.