BELUM SAH ANELKA, TAGOE SERTAI TRW
Desas desus yang mengatakan bekas penyerang Chelsea, Nicolas Anelka ataupun penyerang Ghana, Prince Tagoe akan menyertai Kelantan terus menjadi tanda tanya.
Biarpun laman berita sukan, Africanfootball.com sebelum ini melaporkan Tagoe akan menyarung jersi The Red Warriors, namun ia belum lagi sahih, memandangkan tiada lagi pengesahkan dibuat daripada pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung perkara tersebut.Tempoh hari, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa ada memuat naik gambarnya bersama Tagoe menerusi laman facebook miliknya, namun tiada perkembangan positif diumumkan.
Annuar Musa hanya mengesahkan beberapa ejen pemain termasuk pemain berkelahiran Perancis, Nicolas Anelka, telah menghubunginya.
"Sehari dua ni banyak ejen dan pemain termasuk pemain Piala Dunia Ghana 2010 Prince Tagoe, ejen Nicolas Anelka, ejen Kelechi Osunwa dan ejen penyerang kelab divisyen 1 Quilmes Telechea, datang jumpa atau hubungi saya, TRW ambil langkah berhati hati. Jumpa tak bererti jadi..Prince Tagoe sudah pulang ke Ghana," kata Annuar Musa dalam akaun facebooknya.
Pemain berusia 27 tahun, Tagoe, kini bebas untuk menyertai mana-mana kelab selepas menamatkan kontraknya bersama gergasi Tunisia, kelab Africain.
Dia yang juga bekas pemain pasukan Liga Perdana Ghana, Hearts of Oak akan menandatangani kontrak dengan pasukan luar buat kali ke-6 selepas meninggalkan kelab dari Arab Saudi, Al Ittihad pada 2006.
Tagoe pernah beraksi pada Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan dan turut membuat 36 penampilan untuk pasukan kebangsaan Ghana.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags