Crystal Palace kejutkan Chelsea 1-0
LONDON 30 Mac - Peluang Chelsea untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini terjejas selepas jaringan sendiri ketua pasukan, John Terry menyebabkan kelab London itu tewas mengejut 1-0 kepada Crystal Palace, sebentar tadi.
Manchester City bagaimanapun melepaskan peluang untuk merampas takhta liga selepas sekadar 1-1 dengan Arsenal dalam satu lagi perlawanan di Stadium Emirates.

Keputusan lain:
Arsenal 1 Manchester City 1
Crystal Palace 1 Chelsea 0
Manchester United 4 Aston Villa 1
Southampton 4 Newcastle 0
Stoke City 1 Hull City 0
Swansea City 3 Norwich 0
West Brom 3 Cardiff City 3