Bekas pemain kebangsaan itu kembali beraksi selepas alami kecederaan.
KETUA jurulatih, Milomir Seslija gembira Zanizam Marjan kini kembali beraksi bersama pasukan selepas mengalami kecederaan sejak beberapa bulan lalu.
Sambil menyifatkan Zainizam, 34, sebagai aset penting kepada pasukan, Milomir berkata kehadiran semula bekas pemain kebangsaan itu memberinya lebih banyak pilihan di bahagian serangan.
“Saya gembira dia (Zainizam) kembali beraksi semula, sebelum ini dia jarang menyertai latihan tetapi bagi kami dia seorang pemain yang penting…dia adalah pemain yang boleh mengubah permainan.
AKSI Zainizam pada aksi persahabatan menentang Cebagoo FC, Ahad lalu.
“Dengan pengalamannya juga, dia boleh menjadi salah seorang pemimpin dalam pasukan ini dan saya harap dia akan terus menyerlah di musim 2014 ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan menentang Cebagoo FC di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Ahad lalu.
Dalam perlawanan itu, Zainizam yang masuk sebagai pemain gantian di separuh masa kedua berjaya mempamerkan aksi menarik, malah turut menjadi perancang kepada beberapa gol yang dijaringkan pasukan Sabah.
Sementara itu, Zainizam ketika ditemui turut menyatakan kegembiraannya kembali bersama pasukan dan berjanji akan mempamerkan aksi terbaik pada setiap perlawanan.
“Sebelum ini saya hanya bermain dalam tiga perlawanan persahabatan dan menentang Cebagoo juga adalah yang pertama sejak lebih sebulan tidak beraksi.
“Sekarang saya ‘ok’, namun masih perlu bekerja keras untuk mencapai tahap kecergasan sebenar,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi pasukan Sabah 2014, di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Isnin lalu.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.